Saturday, February 27, 2010

BELAJAR DARI PENGALAMAN

SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada tuan/puan dan kawan-kawan yang sudi menjengah ke blog bestnyaduit. Dalam zaman yang semakin pesat membangun dan kos sara hidup makin meningkat ini, kita sering kali menjadi mangsa kepada ekonomi dunia yang tidak menentu. Mata wang nilainya semakin hari semakin mengecil. Kalau dulu di zaman mak ayah kita dulu, 1sen bermacam-macam benda yang boleh dibeli. Tapi apa nilai duit 1sen pada hari ini? sudah tiada nilai lagi.

Kalau satu masa dulu sekiranya kita bekerja dan memperolehi rm1500 sebulan kita sudah rasa nilai itu tinggi, tapi hari ini kita silap jika masih menganggap begitu. Kerajaan kita pernah mengeluarkan kenyataan yang isi rumah yang memperolehi pendapatan rm1500 sebulan tergolong dalam golongan susah.

Tapi nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w juga pernah berkata bahawa 9/10 dari rezeki datangnya dari berniaga. Maka kita sebenarnya di anjurkan supaya berniaga sendiri. Walaupun perniagaan itu kecil-kecilan tetapi Insyaallah ia setimpal dengan usaha kita.

Walaupun begitu berniaga juga memerlukan modal. Walaupun kita merancang untuk memulakan satu perniagaan itu secara kecil-kecilan, tetapi harus di ingat kos untuk memulakannya tetap menelan belanja. Kiranya kita berhasrat untuk menyewa kedai untuk perniagaan kita, sewa bulanan rm8xx - rm3xxx sudah semestinya. Itu belum di ambil kira kos menambah bahan mentah setiap bulan. Sekiranya kita menjual produk bermusim, maka kita kena pastikan produk yang kita jual itu relevan dari masa ke semasa.

Jika kita berhasrat memulakan perniagaan menjual makanan contoh goreng pisau atau berger, kos untuk stall dalam lingkungan rm3xx-rm3xxx. Menjual makanan memang sentiasa ada permintaan kerana manusia perlukan makanan untuk hidup. Tapi sering kali kita melihat mereka yang berniaga goreng pisang atau berger, tidak mampu bertahan lama. Mungkin hanya mampu bertahan 1 tahun (ada juga yang mula berniaga hari ini, esok dah gulung tikar). Mengapa ini terjadi? Jangan kita lupa yang faktor tempat adalah satu perkara wajib yang perlu kita utamakan bagi perniagaan begini. kebiasaanya perkara ini dipandang remeh oleh kita. Selain itu faktor persaingan dari peniagaan lain dan kekurangan modal pusingan juga penyebab golongan peniagaa begini gulung tikar.

Saya menulis bukan berdasarkan fakta, tetapi saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya adalah seorang yang tergolong dalam golongan yang minat berniaga. Saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan bermula dengan kosong, iaitu tiada lansung ilmu-ilmu perniagaan. Tetapi saya kutip satu-satu ilmu itu sepanjang saya berniaga dan bekerja makan gaji dengan orang. Saya pernah berniaga berger, menjual produk perladangan, menjual rumah, bekerja di kantin sekolah dan berjenis lagi perniagaan dan pekerjaan telah saya ceburi. Saya pernah tersungkur ke bawah berkali-kali. Tetapi pengalaman tersungkur itulah telah mendewasakan saya dalam dunia perniagaan. Terkini saya telah mempunyai sebuah kedai barangan pengantin hasil usaha sama saya dan juga isteri. Pun begitu saya masih lagi dalam proses pembelajaran selok-belok berniaga. Saya masih lagi belum bebas dari belenggu masalah kewangan dan hutang.

Oleh itu saya mencuba perniagaan internet. Saya berpendapat berniaga di internet lebih mudah dan mampu mengurangkan kos memulakan perniagaan. Kedai barangan pengantin saya mula beroperasi pada pukul 12tgh hingga 9mlm dan tidak beroperasi pada hari rabu dan hari cuti tertentu. Tetapi di internet perniagaan kita mampu berjalan selama 24 jam dan 365 hari tanpa tutup. Saya juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan atau mereka yang berminat untuk mengetahui produk saya. Mereka atau anda yang berminat boleh membaca sendiri atau mengklik pada gambar produk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu.

Saya tidaklah terlalu terdesak dalam mencari wang, tapi apalah salahnya jika kita sebenarnya mampu untuk mencari sedikit lebihan wang dalam tangan kita. Mungkin kita berpendapat hasil yang kita perolehi sekarang sudah memadai. Tetapi kan lebih bagus sekiranya kita mempunyai lebihan yang dalam simpanan? tak banyak, sedikit pun jadi lah sebab kita tak tahu untung nasib kita akan datang. Mungkin esok mendung menyelubungi hidup kita. Tidak secerah hari ini.

Oleh itu sekiranya kita memperolehi sesuatu yang dirasakan boleh menjana sedikit pendapatan kita supaya kita dapat menarik nafas lega sedikit di kemudian hari, Maka lakukanlah segera kerana peluang mungkin hanya datang sekali dalam hidup kita.

-Pendapat ikhlas jujur oleh saya, KHAIRIL