Thursday, March 31, 2011

PM lancar Dana Permulaan Perniagaan RM100 juta

SHAH ALAM 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Dana Permulaan Perniagaan (BSF) berjumlah RM100 juta bagi membantu usahawan menghasilkan produk-produk berinovatif dan berpotensi di pasaran.

Perdana Menteri berkata, dana kepada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) itu menyediakan pembiayaan bersifat fleksibel tanpa cagaran dan tempoh pembayaran selama lapan tahun dengan tiga tahun pertama bebas pembayaran.

“Inisiatif baru ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menjamin peningkatan ekonomi negara pada masa akan datang di samping menggalakkan penyelidikan di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan BSF dan majlis perjanjian usahasama Pusat Usahawan Tekno, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan MTDC di sini hari ini. - Utusan