Friday, February 1, 2013

Apakah Fungsi Agen Droshipping?

 Pernah dengar DROP SHIPPING tak? Apa tu drop shipping? seperti apa yang ditulis di WiKipedia, drop shipping adalah pengurusan bekalan di mana peruncit (anda) tidak menyimpan stok barangan tersebut, sebaliknya memindahkan pesanan pelanggan kepada pengeluar atau pemborong, yang kemudiannya barangan tersebut akan terus dihantar kepada pelanggan.


perniagaan drop shipping

Gambarajah bagaimana sistem drop shipping 

Secara mudahnya drop shipping atau orang-orang malaysia ni panggil dropship, peranan anda adalah sebagai orang tengah. Iklankan produk dari mana-mana pengeluar yang anda pilih, dan sekiranya ada yang berminat untuk beli, pembeli tersebut akan berususan hanya dengan anda. Anda pula ambil kesemua pesanan pembeli tersebut, order dari pengeluar, dan pengeluar akan terus hantar barangan yang anda pesan itu kepada pelanggan anda. Faham?

Kelebihan memilih dropship sebagai permulaan bisnes online adalah anda tidak perlu menyimpan stok, tidak perlukan modal permulaan yang besar dan tidak perlu pening-pening kepala fikir nak pos.

  Kekurangan memilih dropship pula, anda sendiri tidak akan dapat merasa atau menilai sendiri sesuatu produk yang anda jual kerana barang yang dipesan akan dihantar terus kepada pelanggan. Keuntungan melalui Drop Ship, boleh dikatakan keuntungan anda melalui cara ini adalah 100%. Ini kerana anda tidak mengeluarkan modal membeli barang untuk stok.
Tips memilih drop shipping:
  • cari web yang menawarkan perkhidmatan dropship dengan pembelian kuantiti yang rendah contohnya walau hanya satu barang yang dipesan, mereka tetap akan hantar dan pos kepada pelanggan.
  • Seelok-eloknya anda sendiri perlu mencuba untuk beli produk dari syarikat dropshipping tersebut. Ini memudahkan anda untuk mengetahui samada syarikat dropshipping ini ok atau tidak.
  • Jika anda tidak yakin dengan drop shipping dari luar negara, cari sahaja drop shipping dalam Malaysia. Belalang sendiri pernah jumpa dua-tiga web syarikat drop shipping Malaysia. Namun masih belum pernah mencubanya.
Ok itulah serba ringkas mengenai perniagaan drop shipping yang anda perlu tahu. Sekiranya ada tak faham dimana-mana bahagian, jangan segan-segan untuk bertanya.

Terima kasih

- Sumber