Monday, June 24, 2013

Kerjaya Dari Rumah | Jana RM5k - 12k Sebulan

Adakah anda mencari Peluang kerja dari rumah tanpa modal? Adakah anda sedang mencari kerja part time atau kerja sambilan yang boleh dilakukan hanya kerja dari rumah?

Saya ada memperolehi satu rahsia yang telah didedahkan oleh seorang webmaster di sebuah syarikat berstatus MCS. Katanya hanya dari rumah, Anda mampu menjana pendapatan sampingan dari RM5,000 sehingga RM12,000!!








Menurut rakan saya ini, hanya ada beberapa orang yang tahu mengenai rahsia yang ingin ia kongsikan kepada anda ini, dan mereka kini hidup dengan senang lenang dengan pendapatan yang mereka peroleh dari kerjaya ini. 

Rakan saya ini akan tunjukkan bagaimana untuk anda memperoleh pendapatan yang diidam-idamkan ini dengan menjadi sebuah IT Consultant yang profesional, walaupun anda tiada:

* Anda tiada pengalaman
* Anda tiada skill komputer
* Anda tidak perlu memiliki sebuah ijazah Teknologi IT pun

Apa yang anda perlukan adalah komputer dan sambungan Internet. Itu sahaja!

"Bagaimana saya dapat membina laman web dan pemasaran Internet untuk pelanggan-pelanggan saya jika saya tidak tahu langsung bagaimana untuk melakukannya?"

Jangan risau, rakan saya ini sudah sediakan segala set pembelajaran yang komprehensif untuk anda pelajari (ia sememangnya mesra Newbie, jangan risau). 

Malah sahabat saya juga menyediakan set pembelajaran dimana anda tidak perlu melakukan pun kerja-kerja teknikal. Segalanya anda boleh Outsource @ diserahkan kepada pihak lain dengan cepat. Anda cari prospek dan orang lain yang lakukan kerja-kerja teknikal. Senang bukan?

Ini saja yang perlu anda lakukan:
* Cari prospek
* Close Sale
* Tetapkan deal dengan pihak Outsource
* Kutip duit keuntungan anda. $$$$$

Anda boleh pilih berapakah pendapatan anda dengan menetapkan berapa syarikatkah yang anda ingin Close Sale setiap bulan.

Semudah 1-2-3...

Jika anda perlukan kerjaya yang profesional dan mudah, bertindak sekarang.. Terus layari laman web ini 

Saya jamin anda tidak akan menyesal mengetahui cara yang sangat berkesan dalam mencari pendapatan dari rumah ini. Malah dengan satu syarikat pun, anda boleh menjadikan syarikat tersebut menjadi pembeli berulang dari anda.

Jangan lupa untuk membaca perkongsian penuh rakan saya ini ya ==> Kerjaya Dari Rumah (klik sini)

Sunday, June 23, 2013

Review Huawei Ascend Mate


PEMBEKAL kepada penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka, Huawei baru-baru ini memperkenalkan peranti empat teras dengan skrin sentuh terbesar.

Telefon bimbit pintar Ascend Mate yang bercirikan skrin berdefinisi tinggi (HD) 6.1 inci ini turut dijana oleh pemproses Hi-Silicon empat teras 1.5 giga Herz selain turut dikuasakan oleh bateri berkapasiti tinggi 4050 mAh.

Dengan teknologi kawalan kuasa pantas (QC - Quick Power Control) serta penerimaan automatik tidak berterusan (ADRX - Automated Discontinuous Reception), perkongsian pantas milik Huawei ini membuktikan bahawa peranti bersaiz besar mampu untuk beroperasi dengan baik.

Menurut Pengarah Pemasaran Serantau Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Tang Siew Wai, Ascend Mate dilihat mampu memenuhi kehendak pengguna dengan mempamerkan inovasi serta teknologi terhebat yang diusahakan oleh jurutera terbaik Huawei.

"Peranti terbaharu daripada Huawei ini mampu menembusi rintangan dalam penyampaian hiburan, komunikasi serta memberikan pengalaman kreatif bagi semua keperluan peribadi pengguna.

"Daripada segi perkakasan serta reka cipta pula, konsep make it possible diterjemahkan menerusi chipset, penjimatan kuasa, skrin yang lebih besar dan teknologi kamera 8 mega piksel HDR," katanya.

Dioperasikan oleh Android Jelly Bean 4.1, Ascend Mate turut menyediakan teknologi dua mic bagi penapisan bunyi, sistem suara Dolby, rakaman stereo serta perkongsian pantas bagi memuat naik gambar, video dan lain-lain fail.

Acsend Mate kini boleh mula didapati dalam dua warna iaitu hitam dan putih serta dijual pada harga RM1,599.

- Utusan

Saturday, June 22, 2013

Dapur Boleh Cas Telefon Bimbit Ciptaan USM


Kini anda tidak perlu lagi risau sekiranya bateri telefon bimbit kehilangan kuasa semasa berkhemah dalam hutan atau memancing di laut.

Ini kerana seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan dapur mudah alih yang mampu menjana kuasa bagi mengecas peralatan seperti telefon bimbit atau radio.

Dapur berbentuk enam segi rekaan Prof. Mohd. Zulkifly Abdullah itu mampu menghasilkan sel-sel termoelektrik daripada haba yang diserapkan ke bahagian dinding dan boleh digunakan untuk mengecas bateri telefon bimbit.

Dalam pada itu, Mohd. Zulkifly berkata, dapur rekaannya itu dikatakan yang pertama di pasaran menggunakan poros daripada seramik sebagai bahan pemanas.

"Poros ini mengandungi alumina disalut karbida silikon yang berupaya mengurangkan penghasilan karbon dioksida dan nitrogen oksida.

"Tanpa nyalaan api, masakan boleh dipanaskan dengan hanya menggunakan haba yang dihasilkan oleh poros itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman.

Mohd. Zulkifly berkata, konsep sinaran haba sedemikian lebih menjimatkan bahan bakar seperti gas sehingga 50 peratus berbanding nyalaan api.

Selain itu jelasnya, kepanasannya boleh mencecah sehingga 720 darjah Celcius berbanding nyalaan api yang biasanya sekitar 600 darjah Celcius.

Dapur berkenaan boleh menggunakan pelbagai bahan bakar seperti gas petroleum cecair (LPG) jika di dalam bangunan dan butana untuk kegiatan di luar.

Mohd. Zulkifly daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal mengambil masa tiga tahun untuk menghasilkan prototaip dapur tersebut.

- Utusan

Friday, June 21, 2013

Review Xbox One | Gambar Xbox One


Microsoft Corp mengumumkan konsol Xbox One barunya yang akan dilancarkan November ini di Amerika Syarikat (AS) akan dijual pada harga AS$499 (RM1,547), lebih tinggi daripada yang dijangkakan peminat konsol permainan video.

Harga itu adalah lebih mahal daripada konsol sekarang, Xbox 360, tetapi peranti baru datang bersama pengimbas gerakan permainan, Kinect untuk permainan bebas tangan.
Microsoft mengumumkan mengenai Xbox One awal bulan lalu sebagai langkah terbaru dalam persaingan dengan Nintendo Co Ltd dan Sony Corp dalam perniagaan permainan video di AS yang bernilai AS$65 bilion (RM202 bilion) setahun.

Ketika membuat pengumuman itu di Ekspo Hiburan Elektronik (E3) di sini, Microsoft berkata, konsol itu akan dijual di 21 negara, termasuk United Kingdom pada harga £429 (RM2,016).

Pengumuman harga itu mendapat rungutan majoriti penonton, yang sebahagian besarnya adalah peminat tegar permainan video yang mengharapkan tanda harganya yang lebih murah.

Xbox One dengan kapasiti 8GB itu lebih mahal daripada permainan baru Nintendo, Wii U dengan kapasiti 8GB pada harga AS$300 (RM933).

- BH

Thursday, June 20, 2013

Pertandingan SME's Innovate | Kerjasama MOSTI & MTDC


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) akan mengadakan pertandingan SME's Innovate bagi mengetengahkan 10 inovasi terbaik yang dihasilkan oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.

Menterinya, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, pertandingan peringkat kebangsaan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman inovasi serta kreativiti dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menurutnya, pertandingan tersebut merupakan kesinambungan daripada program Malaysia Inovatif 2010 dan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi 2012.

"Pertandingan yang bertemakan 'Doing Well by Doing Good' itu akan berlangsung selama dua bulan mulai hari ini sehingga 19 Ogos ini.

"Pertandingan ini terbuka kepada semua SME bagi reka cipta dan menghasilkan produk-produk inovasi kos rendah, mampu dimiliki, mudah diperoleh dan mapan untuk golongan yang kurang bernasib baik serta kurang kemampuan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan SME's Innovate di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus ke majlis tersebut.

Sementara itu Norhalim memberitahu, pihaknya akan menentukan tiga pemenang utama daripada 10 inovasi terbaik yang dipilih nanti.

"Kita bercadang memperuntukkan bajet kira-kira RM100,000 untuk hadiah bagi ketiga-tiga pemenang namun jumlahnya belum ditentukan lagi," katanya.

Dalam pada itu, Ewon turut memberitahu, bagi mencapai matlamat negara maju menjelang 2020, Malaysia memerlukan usahawan celik teknologi, berdaya saing, inovatif dan kreatif dalam bentuk ekosistem industri yang baik serta kukuh setanding dengan negara luar.

Jelas beliau, pendedahan di peringkat awal kepada kumpulan akar umbi mampu membentuk kumpulan industri yang kukuh dan mapan sekali gus negara ini tidak perlu bergantung teknologi luar.

- Utusan

Wednesday, June 19, 2013

iPhone Baru Skrin Lebih Lebar?

Ilustrasi telefon pintar Samsung Galaxy S3 (kiri), Nokia Lumia 820 dan iPhone 4 (kanan). Apple berkemungkinan mengubah produk yang ditawarkan sebelum ini kepada phablets

Apple Inc bercadang melancarkan beberapa model iPhone dengan skrin lebih besar dan berharga murah dengan pelbagai warna tahun depan, sekali gus memberi saingan kepada Samsung Electronics, kata empat sumber rapat dengan perkara itu.

Langkah itu yang kini masih dalam perbincangan menunjukkan bahawa syarikat dari California yang pernah menguasai pasaran telefon pintar itu, semakin terancam oleh pesaingnya dari Korea.
Samsung mengambil alih bahagian pasaran Apple menerusi model popular Galaxy dengan skrin besar dikenali phablets dan menguasai pasaran dengan pelbagai rangkaian produk pada harga yang berbeza.

Apple merancang memperkenalkan sekurang-kurangnya dua varian iPhone dengan skrin lebih besar, satu daripadanya menggunakan skrin 4.7 inci dan satu lagi 5.7 inci, kata sumber yang turut menjelaskan ia merangkumi rantaian bekalan di Asia.

Mereka berkata, pembekal sudah dimaklumkan dengan rancangan berhubung skrin lebih besar, namun ia belum jelas sama ada Apple akan melancarkan produk utamanya dalam saiz lebih besar.

Mereka sentiasa mengubah spesifikasi produk pada saat akhir, jadi belum pasti sama ada ia adalah prototaip akhir, kata salah seorang daripada sumber.

Apple enggan mengulas berhubung perkara itu.

Apple berkemungkinan mengubah daripada produk yang ditawarkan sebelum ini kepada phablets, telefon pintar yang tidak berapa besar untuk melayakkannya dipanggil tablet yang hadir sejak sekian lama pengguna dan pelabur berharap untuk menerima lebih daripada model telefon bimbit baru setahun.

Kadar inovasi iPhone perlahan

Pengkritik berkata, kadar inovasi iPhone perlahan selepas kematian pengasas bersama, Steve Jobs.

Bagi tahun ini, Apple dijangka melancarkan dua model baru yang secara meluas merujuk kepada iPhone 5S dengan teknologi cap jari selain versi lebih murah dengan badan plastik, kata sumber rantaian bekalan.

Apple merancang menawarkan telefon lebih murah dengan lima hingga enam warna berbeza berbanding kebiasaannya dengan warna hitam dan putih.

Firma AS merancang menawarkan telefon murah pada harga AS$99 (RM308) yang akan diumumkan tahun depan, kata sumber, namun mendedahkan sama ada ia adalah harga akhir atau sebaliknya.

Ujian pengeluaran bagi model iPhone standard dan lebih murah dijangka bermula bulan depan dengan pengeluaran besar-besaran bermula Ogos bagi menerusi sasaran pelancaran pada September, kata dua sumber itu.

Ujian pengeluaran pada asalnya dirancang pada Jun, namun campuran warna mengambil masa lebih lama daripada jangkaan kerana Apple amat mementingkan standard, kata sumber di Ais dengan menambah 20 juta plastik untuk iPhone dijangka diedarkan pada suku tahun bermula Oktober hingga Disember.

Dua syarikat Jepun iaitu Sharp Corp dan Japan Display serta satu syarikat Korea, LG Display akan membekalkan panel aluminium untuk iPhone 5S dan iPhone plastik, sementara Hon Hai Precision Industry akan memasang teknologi dan Pegatron.

- BH

Sunday, June 16, 2013

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) | Coach and Grow (CGP)


Agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF), Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) yang menguruskan dana pengkomersialan teknologi di Malaysia berhasrat untuk melatih 150 usahawan teknologi menerusi Program ‘Coach and Grow’ (CGP) tahun.

Ia sekali gus menggerakkan syarikat teknologi tempatan keluar daripada tahap pembangunan ke tahap pengkomersialan.

Ketua Pegawai Kewa­ngan dan Naib Presiden Pelaburannya, Ahmad Rizal Abd Razak berkata, sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk program 12 bulan itu yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu latihan dan pemantauan selain acara pameran.

“Kami mahu melahirkan usahawan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berdasarkan program mentor dalam CGP,” katanya ketika ditemubual it@Metro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Katanya, CGP diilham­kan industri sendiri untuk menangani cabaran golo­ngan usahawan teknologi terutama membabitkan sebab utama mengapa banyak di kalangan mereka gagal mengembangkan perniagaan di peringkat penting kitaran pertumbuhan syarikat masing-masing.


Program CGP ini sudah dimulakan secara rasmi pada 25 Julai 2011 membabitkan organisasi dan agensi yang menyokong seperti Proficeo, Technopreneurs Association of Malaysia (TeAM), Malaysian Venture Capital Association (MVCA) dan Malaysian Venture Capital Development Council (MVCDC), sebuah agensi di bawah pentadbiran Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Antara bentuk inisiatif baru yang akan dilaksanakan nanti termasuk membantu usahawan dalam mempromosikan produk mereka ke peringkat global,” katanya.
Menurutnya, satu ciri khas CGP adalah ia bimbi­ngan kerjasama dengan sek­tor swasta untuk memba­ngunkan sebuah ekosistem lebih kukuh.

“Secara tidak langsung, ia mewujudkan satu saluran syarikat berkualiti tinggi yang boleh mengembang­kan perniagaan mereka secara besar-besaran ke tahap yang seterusnya dan dapat menarik agensi penyedia dana, pelabur budiman dan pemodal teroka,” katanya.

Bagi memastikan ukuran kejayaan program yang relevan dan tepat, penanda aras prestasi (KPI) utama untuk program CGP ini adalah semua syarikat mesti menunjukkan pertumbuhan jualan 20 peratus dalam tempoh bimbingan CGP selama 12 bulan itu atau membuat perancangan terperinci untuk menembusi pasaran serantau atau pasaran asing yang baru.

Tahun pertama CGP menyaksikan 570 syarikat dilatih dalam peringkat pertama dan 420 lagi dipilih melepasi peringkat kedua.

Jumlah itu melepasi sasaran 500 syarikat yang mahu dilatih pada peringkat pertama dan 300 syarikat dalam peringkat kedua.

-HM

Saturday, June 15, 2013

Industri Baja Arang Batu


Industri perlombongan arang batu berkualiti tinggi sepenuhnya perlu untuk menjana tenaga elektrik negara dalam memastikan aktiviti perindustrian dan kegunaan domestik dapat dipenuhi.

Penghasilan arang batu negara ketika ini masih tertumpu di Sarawak dengan pengeluarannya membabitkan ratusan juta tan untuk menyokong pembekalan kuasa elektrik.

Tidak semua arang batu dilonggokkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya terutama pada lapisan permukaan teratas yang dianggap sebagai bahan terbuang kerana sudah teroksida secara semula jadi.

Apabila keadaan ini berlaku, arang batu yang tidak digunakan terpaksa diasing­kan pada satu bahagian lain kerana tidak memenuhi keperluan karbon diperlukan industri.

Ini kerana arang batu jenis ini tidak sesuai digunakan untuk penjanaan tenaga berikutan kandungan karbon rendah di bawah 50 peratus.

Arang batu berkualiti rendah ini adalah bahan buangan, malah penduduk juga tidak dibenarkan meng­gunakannya untuk membakar makanan ataupun sebarang aktiviti pembakaran terbuka kerana ia membebaskan gas sulfur bertoksik dan mencemarkan alam sekitar.

Dalam menjamin kelestarian alam sekitar, penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan baja penggalak daripada arang batu berkualiti rendah menerusi teknologi ‘pengekstrakan asid nitrohumik (NHA)’.

Kajian itu dilakukan Pegawai Penyelidik, Program Pengurusan Air dan Tanah, Pusat Penyelidikan Strategik, Muhammad Syahren Adzahar secara berterusan sejak sepuluh tahun lalu.

Bermula 2003, beberapa peringkat penyelidikan dilakukan terhadap arang batu termasuk kajian secara makmal untuk mendapatkan asid humik berkualiti tinggi, penciptaan formula baja berasaskan NHA, ujian di lapangan dan penghasilan produk berskala besar bagi tujuan pengkomersialan.

Pemilik Ijazah Sarjana Kimia Industri Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, kajian secara berterusan dilakukan dalam makmal berjaya menghasilkan NHA yang akhirnya berjaya diproses secara komersial untuk digunakan dalam formulasi baja.

“Arang batu jenis sub-bitumen dan lignit tempatan yang berkualiti rendah ba­nyak diperoleh di Mukah dan Kapit, Sarawak.

“Justeru teknologi peng­ekstrakan NHA dihasilkan amat berkesan, konsisten, mesra alam dan dapat dikeluarkan pada skala besar dengan kos yang rendah,” katanya.

Menurutnya, asid humik (HA) digunakan dengan meluas sebagai ejen pengikat dalam formulasi baja cecair serta bahan penambah dalam sebatian baja.

“HA tidak termasuk dalam kategori baja organik bagi kegunaan tanaman organik kerana cara peng­ekstrakan arang batu meng­gunakan kaedah kimia, namun ia masih boleh dipanggil baja berasaskan organik,” kata­nya.

HA membuatkan baja kimia lebih efisien, selain menambah kesuburan tanah kerana keupayaannya memegang nutrien lebih lama, sekali gus menjadikan pokok dapat menyerap nutrien de­ngan lebih berkesan dan mengurangkan larut resap.

“Baja yang terlarut resap berlaku apabila kandungan kimianya mengalir ke ­dalam tanah dan seterusnya ke dalam sungai melalui aliran bawah tanah menyebabkan masalah pencemaran dan gangguan ekologi sungai.

“Sebagai contoh baja urea kebiasaannya akan hilang dalam tempoh dua minggu akibat proses larut resap, namun dengan adanya HA membolehkan kandungan nutrien kekal dalam tempoh sebulan, menjadikan baja lebih efisien dapat melepaskan nutrien secara perlahan dan baik untuk alam sekitar,” katanya.

Menurutnya, secara semula jadi penghasilan atau degradasi humus arang batu mengambil masa beribu-ribu tahun.

Namun, dengan kaedah pengekstrakan yang dibangunkan dalam makmal melalui kaedah ‘artificial’ berjaya mengekstrak NHA sehingga 80 peratus berbanding 10 peratus sebelum ini.

“Pengkomersialan HA tidak dapat dilakukan sekiranya jumlah pengeluarannya sekitar 10 peratus saja, selain keadaan arang batu di negara ini masih baru dan tidak cukup teroksida,” katanya.

NHA digunakan sebagai perapi tanah, bahan larutan dalam baja cecair, penyalut baja butiran, bahan tambahan dalam sebatian baja dan agen penglikatan.

Ia boleh digunakan dalam menghasilkan formulasi baja foliar (semburan) bagi memenuhi keperluan spesifik sesuatu tanaman seperti padi, cili dan tomato.

Dalam memastikan keberkesanannya, satu percubaan tanaman padi secara kawalan dan komersial sudah dijalankan secara meluas.

“Kami sudah menjalankan projek perintis menerusi jalinan kerjasama bersama petani komersial dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

“Kesannya terdapat peningkatan hasil yang konsisten sebanyak satu tan sehektar. Jika pengeluaran padi pada kebiasaannya sekitar tujuh tan, hasilnya mening­kat kepada lapan tan,” katanya.

Katanya, tanaman padi ­di negara ini sudah pun menggunakan pelbagai jenis baja menerusi rancangan subsidi baja kerajaan menyebabkan pendekatan dibangunkan ini lebih tertumpu kepada formulasi baja cecair berasaskan NHA hanya bagi meningkatkan peratusan bijiran padi.

“Pengisian bijiran padi kebiasaannya sekitar 60 hing­ga 65 peratus, manakala baki 35 peratus pula kosong. Penggunaan NHA sebagai pembawa nutrien membolehkan formulasi nutrien dibekalkan secukupnya, selain ketepatan masa aplikasi dalam memastikan pengisian isi bijiran padi penuh.

“Ia sekali gus meningkat­kan pengisian sebanyak 10 hingga 20 peratus iaitu kepada 75 hingga 85 peratus pe­ngisian,” katanya.

Selain padi, NHA juga dapat meningkatkan hasil buah dan kesihatan pokok cili dan tomato.

“Jangka masa tuaian cili boleh meningkat sehingga lapan bulan, manakala teras tomato akan meningkat daripada 10 kepada 13 teras.

“Kegagalan pokok terbabit menyerap nutrien secara berkesan menyebabkan berlaku rekahan pada hujung buah cili dan tomato, namun sebaik disembur dengan formulasi NHA, keadaan buah bertambah cantik dan sihat,” katanya.

Semburan pertama dilakukan apabila muncul tanda pendebungaan dan sekali lagi selepas 10 hari semburan pertama bagi mendapatkan aplikasi sepenuhnya pendebungaan pokok padi.

“Keadaan itu (permulaan pendebungaan) menjadi tempoh paling kritikal kepada padi dan proses untuk mengisi bijiran padi. Dalam tempoh dua minggu itu, semburan NHA perlu dilakukan.

“Fisiologi padi berbeza. Dalam kajian tidak semua padi mengeluarkan bu­nga serentak dan ketika padi berusia 75 hingga 79 hari semburan perlu dilakukan dan kali kedua selepas 10 hari bagi yang berbunga lewat,” katanya.

Bagi sehektar padi sekitar enam liter semburan diperlukan dengan nisbah pencairan sebanyak 100 kali.

Teknologi berkenaan mengharumkan nama negara berikutan kejayaannya meraih Pingat Emas pada Pameran Brussels Eureka dan Brussels Innova Energy pada 2007 di Belgium bagi kategori pertanian.

Kecemerlangan teknologi berkenaan dibuktikan untuk kali kedua apabila sekali lagi merangkul pingat emas dalam kategori teknologi kimia industri pada Pameran Idea Invention New Products di Nuremberg, Jerman.

MARDI kini bekerjasama dengan syarikat input terkenal CCM Fertilizer Sdn Bhd dalam membangunkan ekstrak baja NHA di kilang perintis di Shah Alam, Sela­ngor.

- HM

Friday, June 14, 2013

Review Acer Liquid S1 | Lebih Bergaya


Siri telefon pintar Liquid terbaru dari Acer baru saja rasmi diperkenalkan. Telefon pintar Acer Liquid S1 ini hadir dengan skrin berukuran besar 5.7 inci dan pemprosesan model quad core.

Skrin 5.7 inci pada telefon pintar ini memiliki resolusi 729 x 1280 piksel. Di bahagian depan telefon ini juga terdapat kamera 2MP. Sementara kamera belakang mempunyai kapasiti 8MP yang mampu merakam video full HD 1080p.

Menggunakan OS Android Jelly Bean 4.2. Pemprosesan yang ada pada telefon pintar ini adalah core keluaran MediaTek dengan kelajuan 1.5GHz. Dengan spesifikasi tersebut, telefon pintar ini dikatakan akan dijual pada harga yang agak tinggi.

Menurut khabar angin, pihak Acer akan mulai memasarkan phablet ini pada suku ketiga 2013 di pasaran Eropah.

- BH

Thursday, June 13, 2013

Friendlyfashion.my | Berjimat Dengan Jualan Garaj Dalam Talian


Ramai yang masih mempunyai pakaian yang berada dalam keadaan baik termasuk aksesori dan kasut tetapi tidak lagi digunakan. Jadi daripada anda membiarkan atau membuang barang-barang tersebut, kini anda boleh menjual barang-barang tersebut di laman www.friendlyfashion.my.

Laman fesyen ini adalah medium di mana anda boleh menukar, menjual atau memberikan barang-barang yang sudah tidak lagi memakai seperti pakaian, aksesori, kasut dan sebagainya.

Ia sangat mudah dan anda mempunyai pelbagai pilihan carian yang memudahkan anda mencari sesuatu barang untuk pilihan anda, samada mengikut warna, jenama, saiz dan sebagainya.

Namun anda dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati ketika membeli-belah barangan terpakai. Di laman sesawang ini, anda boleh berkomunikasi dengan pemilik barang untuk bertanyakan keadaan barang ataupun berunding harga. Pembelian boleh dibuat secara berjumpa ataupun melalui pos.

Laman sesawang ini tidak hanya terhad kepada golongan wanita sahaja, malah lelaki juga boleh melayarinya kerana terdapat pelbagai jenis barangan lelaki yang ditawarkan.

Wednesday, June 12, 2013

Pinjaman Mikro BSN RM240 Juta | Bantu Usahawan Kecil


Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk mengeluarkan pinjaman mikro RM240 juta tahun ini, bagi membantu lebih ramai usahawan kecil dalam pelbagai sektor di seluruh negara.

Naib Presiden Kanan Jabatan Mikro Kewangannya, Nilammasri Ja’afar, berkata tahun lalu, sebanyak RM176 juta pinjaman dikeluarkan dengan lebih 6,700 usahawan mendapat manfaat daripada kemudahan pembiayaan mikro BSN.

Katanya, skim pembiayaan itu yang diperkenalkan sejak 2007 hingga kini sudah membantu lebih 34,000 usahawan di seluruh negara, sebahagian besarnya sektor peruncitan membabitkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM659 juta.

Selain menyediakan kemudahan pembiayaan mikro, kami juga menyediakan khidmat nasihat, latihan, insurans/takaful serta tabungan dalam usaha membantu usahawan mikro mengurus dan mempertingkatkan perniagaan,” Nilammasri Ja’afar, Naib Presiden Kanan Jabatan Mikro Kewangan BSN

“BSN kini peneraju dalam industri pembiayaan mikro di negara ini dan pembiayaan mikro adalah portfolio pinjaman yang sedang meningkat dan dalam proses pertumbuhan memberangsangkan.

Bantuan khidmat nasihat

“Selain menyediakan kemudahan pembiayaan mikro, kami juga menyediakan khidmat nasihat, latihan, insurans/takaful serta tabungan dalam usaha membantu usahawan mikro mengurus dan mempertingkatkan perniagaan,” katanya kepada BH di sini.

Ketika ini, BSN menawarkan pembiayaan kepada tiga kategori perniagaan dengan sektor peruncitan mendahului bagi pinjaman mikro iaitu sebanyak 68.20 peratus diikuti perkhidmatan (12.95 peratus) dan pembuatan (9.28 peratus).

Ditanya mengenai pembiayaan mikro untuk sektor perniagaan francais beliau berkata, BSN pada masa ini tidak menyediakan pembiayaan khusus untuk sektor berkenaan, tetapi mana-mana usahawan yang menjalankan perniagaan sepenuh masa serta layak di bawah definisi perniagaan mikro boleh membuat permohonan untuk skim terbabit.

BSN pastikan pembiayaan mikro relevan

“BSN akan memastikan pembiayaan mikro ini terus relevan dalam industri perbankan yang menyasarkan pembiayaan khusus kepada usahawan mikro mendapat kemudahan pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan.

“Pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro ini adalah pembiayaan tanpa cagaran, sudah semestinya (kami) berhadapan dengan risiko kredit yang tinggi. Bagaimanapun BSN akan memastikan portfolio pembiayaan mikro pada tahap yang terkawal,” katanya sambil menambah pembiayaan ditawarkan antara RM5,000 hingga RM50,000.

Kadar faedah tak tinggi

Mengenai kadar faedah yang dikatakan tinggi bagi skim itu, beliau berkata, peratusan dikenakan pada masa ini tidak tinggi berbanding institusi kewangan lain yang menawarkan skim berkenaan.

“Ia bersesuaian dan selaras dengan risiko kredit dalam menyediakan pembiayaan untuk perniagaan yang mempunyai aliran pendapatan tidak tetap,” katanya.

Pada masa ini, Nilammasri berkata, sebanyak 59 pusat mikro kewangan BSN beroperasi di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan dan memproses permohonan pembiayaan mikro. Selain itu, semua 400 cawangan BSN turut menawarkan skim berkenaan.

- BH

Tuesday, June 11, 2013

Review Phone Strap 2 WX06A | Telefon Terkecil & Ringan Di Dunia


Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun.

Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A.
Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia. Dilihat dari namanya, telefon ini adalah generasi kedua dari telefon Phone Strap. Ia memiliki dimensi yang kecil, dengan lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. Beratnya pula sekitar 32 gram.

Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya mempunyai fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu inci dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama dua jam dan 12 hari waktu sedia.

- BH

Monday, June 10, 2013

Samsung 4G Chromebook Daripada Yes


Rangkaian Internet mudah alih 4G terpantas di Malaysia, Yes telah melancarkan Samsung 4G Chromebook pertama di dunia yang dibawakan eksklusif oleh Yes baru-baru ini.

Bekerjasama dengan Google dan Samsung, Chromebook adalah satu lagi produk peneraju dalam portfolio Yes yang membolehkan sesiapa sahaja bekerja, belajar, hidup dan berhibur dengan cara yang lebih mudah, ringkas, pintar dan santai.

Samsung 4G Chromebook ini turut dilengkapi dengan set cip 4G dalaman untuk rangkaian Internet secara berterusan dan mudah, membolehkan hubungan Internet mudah alih berkelajuan tinggi sehingga 20Mbps.

Mempunyai lebih 4,000 stesen pengkalan 4G meliputi 85 peratus penduduk di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah baru-baru ini, Malaysia merupakan pasaran ideal buat Yes untuk melancarkan Samsung 4G Chromebook pertama di dunia.

Komputer yang direka oleh Google ini boleh dihidupkan dengan segera dan mempunyai pelbagai lapisan keselamatan dan perlindungan virus dalaman serta dilengkapi aplikasi popular Google seperti YouTube, Gmail dan Google Drive.

Menariknya mengenai Samsung 4G Chromebook ini adalah ia tidak seperti komputer lain, semakin lama ia digunakan, ia akan menjadi semakin pantas dan selamat. Perlindungan daripada virus juga tersedia secara dalaman dan pengguna tidak perlu memasang perisian atau menguruskan kemaskini.

Alat berasaskan awan ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan 100GB Google Drive yang percuma untuk dua tahun pertama.

Seberat 1.1 kilogram, nipis 17.5 milimiter dan jangka hayat bateri selama tujuh jam, Samsung 4G Chromebook ini sesuai buat mereka yang selalu bergerak.

Ianya boleh didapati dengan harga pasaran RM988 dengan pelan pasca bayaran 88 selama 24 bulan dilengkapi data sebanyak 3.5GB sebulan. Manakala harga pasaran untuk komputer ini sahaja adalah RM1,299.

Friday, June 7, 2013

Cara Buat 5 Angka Dengan Affiliate

Ramai orang yang baru mula berniaga online sering menanya, "Bolehkah saya menjana wang secara online tanpa mencipta produk sendiri?"

Jawapan ringkas: Ya, boleh!

Buktinya? Di sini:

Klik gambar di atas

Misalnya, ada seorang biasa dari Selangor sedang menjana komisen affiliate dalam lingkungan 5 angka sebulan... tiap-tiap bulan!

Saya kenal kerja beliau dan saya sendiri boleh sahkan bukti dia kukuh dan benar.

Yang Paling Best... teknik beliau boleh diduplikasikan oleh sesiapa pun (saya hairan mengapa tak ramai orang praktikkan teknik ini!)

Saya menjemput anda untuk melihat bukti dan kemungkinan untuk berjaya sendiri:



P.S. Mungkin anda pernah dengar nama beliau - dia seorang usahawan Internet Malaysia yang dah lama bertapak dalam bisnes ini sejak tahun 2005.

Sehingga kini, dia sudah menolong beribu-ribu orang usahawan Internet dari seluruh dunia... Kini anda berpeluang untuk belajar dari beliau:


Wednesday, June 5, 2013

Ninja Affiliate | Cara Affiliate Auto Pilot?

Saya seringkali mendengar cakap-cakap orang yang sebenarnya buat duit di internet ni sangat sukar. Apatah lagi buat duit dengan affiliate.

Yalah, ia memang sukar sekiranya anda bermula dengan hemtam keromo sahaja. Tetapi jika tahu caranya, dengan hanya menjadi agen sesuatu produk, ia sudah cukup memberikan anda pendapatan lumayan!

Saya ada mengenali seorang penjual di internet bernama Akmal. Percaya atau tidak, dia ni cuma kerja 15 hari sahaja setahun.

TAPI ... income nya masyuk tiap-tiap bulan.

Bak katanya "Alhamdulillah cukuplah untuk bayar bil elektrik, bil air, astro dan duit belanja sekolah
anak-anak."

Itu baru kerja 15 hari. Macam mana kalau lebih daripada itu?

Kalau tak percaya, saya sarankan tengok sendiri di sini :

Klik gambar di atas

Saya pun bukan mahu mempromosi produk skim cepat kaya. Ia adalah teknik yang diperbaiki oleh beliau sendiri iaitu saudara Akmal.

Buat duit sekali, dapat income berkali-kali. Yang lagi bestnya ...

... niche produk untuk dipromosi memang HOT dan boleh dikatakan evergreen. Laku sepanjang masa.

Selagi mana ada orang gagal, selagi tu anda boleh raih komisen lumayan dengan beliau.

Tak ada idea nak promosi apa, tiru saja apa yang beliau promosi.

Dan jika anda mahu ubah nasib anda, lebih baik anda mulakan hari ini juga :

Monday, June 3, 2013

MARA Sasar Hasilkan 6000 Usahawan Baru Tahun 2013 Ini


Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan dapat menghasilkan 6,000 usahawan baharu tahun ini dan menyediakan dana berjumlah RM512 juta bagi membiayai modal asas perniagaan mereka.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata sejak Januari sehingga Mac lalu, sebanyak 37 usahawan baharu telah dihasilkan di seluruh negara melalui pembiayaan modal asas sebanyak RM3.8 juta.
 
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Pendidikan MARA Perlis 2013 di sini hari ini, beliau berkata MARA bercadang meningkatkan kadar maksimum pembiayaan kepada RM1 juta seorang berbanding RM500,000 pada masa ini.
 
Beliau berkata MARA meletakkan sasaran 500 usahawan bumiputera yang menerima pembiayaan MARA mencapai status jutawan dihasilkan di seluruh negara menjelang 2015.
 
Sejak 2011 sehingga akhir tahun lalu, MARA telah menghasilkan 196 jutawan yang terbabit dalam pelbagai bidang keusahawan.

"Matlamat melahirkan kumpulan usahawan yang mantap juga telah menampakkan prestasi memberangsangkan apabila dalam tempoh dua tahun sejak 2011 menghasilkan 13,500 usahawan mantap daripada matlamat sebanyak 16,500 orang menjelang tahun 2015," kata beliau.
 
Mohd Rosdi berkata bagi memudahkan bakal usahawan menjalankan perniagaan, MARA turut menyediakan 7,373 lot perniagaan berupa gerai dan kedai dalam 483 projek bernilai RM2.6 bilion di seluruh negara.
 
Daripada jumlah itu sebanyak 20 projek bernilai RM50 juta telah dilaksanakan di Perlis untuk kemudahan 332 usahawan Bumiputera di Perlis.
 
Sementara itu Pengarah MARA Perlis, Abdul Halim Mamat berkata, karnival Usahawan dan Pendidikan Mara itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini membabitkan penyertaan 24 usahawan dan 15 institusi pengajian tinggi serta institusi pengajian MARA (IPMA).
 
Antara acara yang berlangsung sepanjang karnial itu termasuk seminar membabitkan 300 peserta terdiri bakal-bakal usahawan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, para premis MARA dan para peminjam.  - Bernama

Sunday, June 2, 2013

BlackBerry Q5 | Harga Murah Untuk Pasaran Baru


ORLANDO, Florida: Research In Motion (RIM) memperkenalkan BlackBerry dengan harga lebih rendah yang disasarkan kepada pelanggan di pasaran baru muncul sejajar dengan usahanya untuk meningkatkan penguasaan pasarannya yang ketinggalan kepada iPhone keluaran Apple dan peranti Android yang disokong perisian Google.

Gajet yang dikenali Q5 adalah telefon pintar ketiga keluaran syarikat itu yang akan menggunakan sistem operasi baru BlackBerry 10.

Ia akan mempunyai papan kekunci fizikal, sesuatu yang menjadikan peranti keluaran RIM itu berbeza berbanding iPhone dan sebahagian besar telefon Android.

Ketua Eksekutif RIM, Thorsten Heins, berkata peranti itu yang ‘nipis dan bergaya’ boleh didapati dalam empat warna iaitu merah, hitam, putih dan merah jambu.

Beliau mengumumkan pengenalan telefon berkenaan pada pembukaan persidangan tahunan tiga hari RIM di Orlando, Florida.

Telefon pintar itu akan berada di pasaran Eropah, Asia Barat, Afrika, Asia (termasuk rantau Asia Pasifik) dan Amerika Latin bermula Julai ini. Gajet Q5 itu tidak dijangka akan dipasarkan di Amerika Utara setakat ini. Syarikat itu tidak mengumumkan harga telefon baru itu.

Q10, iaitu BlackBerry berteknologi tinggi sudah dipasarkan di kebanyakan pasaran, namun pelancarannya di Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan pada bulan depan.

Penangguhan pelancaran di AS itu merumitkan usaha RIM bagi menarik perhatian pengguna iPhone dan telefon pintar Android. Walaupun BlackBerry ketinggalan berbanding pesaingnya dalam beberapa tahun lalu, kebanyakan pengguna masih kekal setia kerana mereka lebih suka papan kekunci fizikal berbanding skrin sentuh.

Q5 sedikit berbeza berbanding Q10. Kedua-duanya mempunyai RAM 2GB, tetapi Q5 mempunyai hanya 8GB memori terbina dalam berbanding 16GB bagi Q10.

Kedua-dua telefon pintar itu mempunyai kamera depan dua megapiksel tetapi Q5 mempunyai kamera belakang lima megapiksel berbanding Q10 yang mempunyai lapan megapiksel dan juga mempunyai video rakaman berdefinasi tinggi.

Q5 mempunyai paparan LCD 3.1 inci sementara Q10 dilengkapkan dengan paparan LED 3.1 inci.

RIM memperkenalkan BlackBerry baru tahun ini selepas penangguhan yang memberi laluan kepada Apple dan pengeluar telefon pintar lain terus memperluaskan pasaran global mereka.

Peranti ikonik RIM, BlackBerry, diperkenalkan pada 1999, menjadi telefon pintar terkemuka bagi ahli perniagaan dan pelanggan selama hampir satu dekad.

Namun begitu, pesaingnya mengeluarkan telefon generasi baru yang boleh digunakan lebih daripada e-mail dan pesanan ringkas, bermula dengan iPhone pada 2007 dan kemudian diikuti peranti yang disokong sistem Android Google.

- AP

Saturday, June 1, 2013

Nokia Asha 501 | Telefon Pintar Berharga $99

Telefon Pintar Nokia $99

Gergasi telefon mudah alih Finland Nokia semalam melancarkan telefon pintar skrin sesentuh bernilai AS$99 (RM295.76) dalam usaha meraih jualan di India dan pasaran baru muncul lain.

Ketua Eksekutifnya, Stephen Elop memperkenalkan Asha 501 di New Delhi, dengan menyasar pengguna yang ingin beralih daripada telefon bimbit ringkas yang mana beliau yakin model itu akan “merubah arah aliran segmen telefon mampu milik”.

Elop berkata, penganalisis mengunjurkan telefon pintar murah dengan sambungan internet itu bakal meraih pasaran global bernilai AS$40 bilion (RM119.5 bilion), menjelang 2015.

Penganalisis mencadangkan masa depan bekas peneraju telefon bimbit itu mungkin bergantung kepada telefon pintar bajet dalam pasaran baru muncul yang kini tumbuh pantas seperti India, Afrika dan beberapa bahagian Amerika Latin yang mana penembusan pengguna masih lemah.

“Pemain global melihat peluang pada paras harga di bawah AS$100 (RM298.75) yang mana terdapat jumlah jualan yang besar,” kata perunding telekom bebas New Delhi, Kunal Bajaj.

Asha 501 yang membawa maksud harapan 

‘Asha’ dalam bahasa Hindi, meminjam beberapa rekaan daripada spesifikasi telefon lebih maju Nokia, Lumia yang berasaskan pemproses Windows. Ia akan dihantar kepada pengedar mulai Jun dan ditawarkan di 90 negara.
Peluang luas

“Terdapat peluang meluas bagi telefon di bawah AS$100 di India dan pasaran baru muncul lain, yang mana harga itu pastinya menarik bagi pengguna,” kata Anshul Gupta, penganalisis Gartner.

Hanya 10 peratus jualan telefon di India tahun lalu membabitkan telefon pintar, tetapi segmen itu dijangka tumbuh antara 45 hingga 50 peratus tahun ini, kata Gupta.

Gupta menyifatkan telefon itu yang menawarkan 17 jam waktu bercakap sebagai penting dalam negara seperti India dengan masalah tenaga kronik, yang mana ia memberikan “perubahan pengalaman penggunaan” dan berkata, ia meningkatkan ciri telefon pada harga bawah AS$100.

Elop bermesyuarat di Helsinki awal minggu ini dengan pemegang saham yang tidak berpuas hati dengan kerugian pendapatan Nokia. Beliau berkata, India adalah “petunjuk” bagi kemahuan dalam kalangan pengguna baru.

“Pengguna di India memikirkan rekaan cantik, banyak ciri kebolehan,” kata penganalisis Bajaj.

- AFP