Hari tu saya dah bagi tips pasal promosi. Kalau belum baca klik disini. Kali ni saya nak bagi lagi tips baik punya untuk anda. Benda ni memang nampak macam perkara remeh dan mudah, tapi perkara ini memang sesuatu yang perlu di titik beratkan oleh peniaga. Tambah-tambah peniaga melayu. Benda ni dah jadi macam penyakit pula di kalangan peniaga melayu.
KETEPATAN MASA perniagaan beroperasi memang sesuatu yang sangat-sangat penting. Rata-rata peniaga yang saya lihat, peniaga melayu yang paling selalu kena penyakit ni (saya juga kena juga penyakit ni kadang-kadang). Perkara berlaku apabila anda.
Sekiranya anda mempunyai pekerja, perkara seperti ini jarang berlaku. Anda hanya perlu pantau pergerakan pekerja anda supaya mereka mematuhi waktu bekerja. Yang selalu terjadi masalah begini bagi peniaga yang tidak memiliki pekerja dan hanya mengendalikan perniagaan itu sendiri.
Sebagai contoh saya ambil satu kedai runcit berhampiran kedai saya yang membuka dan tutup kedai tidak menentu. Hari cuti atau rehatnya juga berubah-ubah. Sekali dua mungkin tak terasa kesannya. Tetapi lama-kelamaan anda akan dapat lihat graf orang ke kedai anda menurun. Anda rasa sebab apa? Anda suka ke kalau nak beli barang di kedai ni, anda pun drive le pergi sana. Alih-alih bila sampai tengok kedai tu tutup atau tidak beroperasi hari itu.
Kalau saya dah tentu hangin satu badan. Siap rasa macam nak bakar lagi. Mungkin peniaga itu ada alasan tersendiri kenapa dia buka lambat atau tak berniaga hari itu. Tetapi anda kena tahu yang pelanggan bukan mau dengar sebab-musabab anda. Yang pelanggan tahu, dia datang kedai anda, kedai itu beroperasi, dia beli barang dan balik dengan happy.
Jadi sekiranya anda ingin bercuti pada hari-hari yang bukan hari biasa anda cuti, lebih baik anda maklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan anda atau buat satu notis dan tampal depan kedai anda 2-3 hari sebelum cuti. Sekurang-kurangnya tidak la letih pelanggan anda datang tengok kedai anda tutup.
Pentingkan ketepatan masa? Saya harap penerangan saya kali ini dapat menambah sedikit lagi pengetahuan anda dalam berniaga.
No comments:
Post a Comment