Monday, May 27, 2013

Cara Penghasilan Keropok | Langkah-langkah Membuat Keropok

Proses pengeringan keropok

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari penduduk tempatan tak mengira usia tua atau muda.

Di Malaysia ia diusahakan di persisiran pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.

Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji atau tepung sagu.

Ikan yang digunakan ialah parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka dan lain-lain.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.

Keropok yang bermutu boleh diperoleh bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan proses penyediaan.

Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila digoreng.

Antara keropok dihasilkan ialah jenis kering, keropok lekor (basah) dan bersira.

Cara-cara pemprosesan keropok lekor atau keropok kering seperti bancuhan adunan, membentuk, memasak, memotong, menjemur, membungkus dan menyimpan.

Lazimnya, keropok keping di bentuk di antara 30 sentimeter (cm) hingga 50 cm.

Panjang, bergaris pusat diantara 6 hingga 10 sm serta mempunyai berat 500 gram hingga satu kg, manakala keropok lekor lebih kecil antara 100 hingga 500 gram.

Keropok lekor boleh dimasak dengan kukus, rebus atau goreng, manakala keropok keping direbus atau dikukus.

Keropok yang dikukus mempunyai kualiti lebih baik berbanding keropok yang direbus.

Keropok yang di kukus mengambil masa satu hingga satu setengah jam untuk masak bergantung.

Keropok yang di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ia masak.

Keropok yang siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum dipotong nipis membentuk kepingan.

Keropok yang dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari.

Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.

Keropok yang kering di angkat, di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik.

Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin, pelita atau dengan menggunakan mesin pateri.

Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.

Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran.

Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya.

Keropok yang dibungkus dengan berat tertentu perlu di susun dengan rapi bagi mengelak kerosakan.

- Metro

No comments:

Post a Comment