Friday, May 31, 2013

Telefon Jolla | Mirip Nokia

Telefon Jolla

Pernah mendengar mengenai telefon Jolla? Jika anda melihat kepada bentuk telefon ini ia persis seperti telefon Nokia. Ini kerana syarikat pengeluar telefon Jolla diusahakan oleh bekas pegawai kanan Nokia.

Smartphone ini hadir dengan sistem operasi Sailfish dan rekaan yang penuh warna warni. Telefon Jolla ini datang dengan skrin berukuran 4.5 inci yang resolusinya masih belum diketahui.

Di bahagian dalamnya, terdapat prosesor dual core, sambungan LTE serta memori dalaman berkapasiti 16GB. Terdapat pula slot microSD untuk penambahan kapasiti penyimpanan.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan kamera utama 8MP di bahagian belakang. OS Sailfish sendiri adalah sebuah sistem operasi terbaru yang dikembangkan oleh Jolla Mobile yang berkonsepkan OS Meego.

Menariknya, OS ini juga boleh menjalankan aplikasi Android. Buat permulaan, Jolla Phone ini akan dijual di Eropah dengan harga sekitar 399 Euro atau sekitar RM 1500.

- BH

No comments:

Post a Comment