Thursday, August 25, 2011

Review Monitor LG-D2000


 LG Electronics (LG) menampilkan skrin monitor 3D pertama di dunia tanpa menggunakan kaca mata apabila mengguna pakai teknologi penjejak mata untuk menghasilkan imej 3D yang optimal tidak kira dari sudut mana ia ditonton.

Monitor bersaiz 20 inci model D2000 itu dibangunkan sepenuhnya untuk paparan kandungan hiburan termasuk game, filem atau imej.

Pengarah Urusan, LG Electronics (M) Sdn Bhd, HK Kwon berkata, dengan barisan produk 3D seperti TV, laptop, projektor dan telefon pintar, LG Electronics kini jauh di depan menerajui industri dalam segmen 3D.

“Kedudukan LG mengenai 3D adalah penggunaan yang semestinya tanpa kaca mata khas. Monitor D2000 adalah produk masa depan,” katanya lagi dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Kesan 3D bagi monitor D2000 adalah hasil teknologi halangan ‘parallax’ 3D tanpa cermin mata dan aplikasi penjejak mata pertama di dunia yang dipasang ke dalam monitor terbabit.

Gabungan halangan parallax dengan penjejak mata di dalam satu unit produk, ia sekali gus membuka lembaran baru produk 3D tanpa cermin mata.

Teknologi 3D yang ada pada hari ini, umumnya perlukan penonton untuk duduk tetap pada sudut dan jarak tertentu bagi mendapatkan kesan imej 3D. Bagaimanapun, D2000 memberi kebebasan kepada penonton untuk bergerak tidak kira dari sudut mana ia ditonton asalkan selesa.

Teknologi penjejak mata menggunakan sensor kamera khas pada monitor apabila ia akan mengesan perubahan posisi mata penonton dalam masa nyata. Dengan maklumat yang diterima, monitor akan mengira sudut dan posisi penonton, lantas membetulkan paparan imej untuk kesan 3D yang optimal.

No comments:

Post a Comment