Friday, November 26, 2010

Membantu PKS Teroka Pasaran Halal Iran

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) digesa supaya lebih berdaya saing bagi menembusi pasaran halal di Iran atau negara lain di Asia Barat yang dianggarkan bernilai RM81 bilion.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria (gambar) berkata, kebanyakan PKS tidak menyedari potensi dan peluang di negara berkenaan, maka pasaran di sana masih banyak belum diterokai.


Katanya, kementerian menerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) membantu dan menyokong penyertaan PKS yang berminat membangunkan produk dan perkhidmatan sekali gus memenuhi standard halal.

“Selain menyediakan kemudahan, HDC juga membantu PKS tempatan memasuki pasaran produk dan perkhidmatan halal terutama di Iran.


“Pasaran halal global bukan hanya terhad kepada 1.8 bilion masyarakat Islam dunia malah, ia juga merangkumi pengguna bukan Islam sekali gus membuktikan wujudnya peluang pasaran menguntungkan kepada pengusaha PKS.


“Selain itu, kerjasama yang terjalin antara HDC dan Neguin Group of Companies yang beribu pejabat di negara ini membantu mengenal pasti pasaran produk halal PKS ke negara luar terutama di Iran,” katanya ketika merasmikan Seminar Pasaran Sempadan Baru: Iran dan Asia Barat, Peluang Perniagaan Eksport Halal, di Matrade, di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, terdapat peningkatan 15 peratus nilai dagangan Malaysia ke Iran untuk tempoh lapan bulan pertama berbanding RM3.4 juta pada tahun sebelumnya.


Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin dan Ketua Dewan Perniagaan Iran (DPI), Dr Mohamad Nahavandian.

Sementara itu, Dr Moha mad berkata, kerjasama yang terjalin antara dua negara dilihat mampu menghasilkan peluang pasaran lebih berpotensi apabila rekod Malaysia tiga dekad lalu menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Thursday, November 25, 2010

KWSP Tunggu Keputusan Mesyuarat

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunggu keputusan mesyuarat pemegang saham Plus Expressway Bhd pada Disember ini sebelum memutuskan tindakan selanjutnya bersabit cadangan pengambilalihan aset dan liabiliti Plus.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pelaburan KWSP, Shahril Ridza Ridzuan (gambar) berkata, selain kelulusan pemegang saham, dana pencen itu juga mahu mendapatkan kelulusan daripada pemegang bon dan kerajaan.


“Kami perlu membincangkan dengan kerajaan mengenai perjanjian konsesi kerana sebarang perubahan memerlukan kelulusan kerajaan terhadap konsesi,” katanya ketika ditanya mengenai tindakan KWSP selepas ia memperoleh kelulusan daripada pemegang saham Plus.

Shahril bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Program Kemampanan Perniagaan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber harian Metro.

Wednesday, November 24, 2010

ASN Diumumkan 6 Sen Seunit

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2010.

Ia adalah peningkatan sebanyak 0.5 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan 5.50 sen seunit tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM7.3 juta yang akan memanfaatkan 10,952 pemegang unit yang melanggan 121.02 juta unit ASN 3.

Sumber Berita Harian

Monday, October 18, 2010

Tips Membeli Rumah


MEMILIKI kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu

namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan.

Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.
Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa (gambar), mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.


APAKAH perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?

Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo.

Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat kiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan

dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli.


Namun, harus diingat bahawa pendapatan bulanan tidak seharusnya dicampur dengan elaun atau bayaran kerja lebih masa (OT) kerana ia bukan sebahagian pendapatan tetap.




Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?

Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara.

Sebelum pinjaman perumahan diluluskan, bank akan melihat kelayakan pemohon. Ini termasuk meneliti pendapatan bulanan dan harga rumah yang ingin dibeli. Malah, bank akan melihat sama ada bayaran bulanan tidak melebihi satu per tiga gaji.

Contohnya, pembeli ingin mendapatkan rumah berharga RM150,000. Sekiranya dicampur faedah yang dikenakan bank, bayaran pendahuluan serta tempoh pembiayaan, maka bayaran bulanan mencecah RM1,012 dan ia jelas menunjukkan pembeli yang mempunyai lebihan pendapatan RM500 masih belum mampu membeli rumah berharga RM150,000.


Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?

Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.

Mungkin ada individu yang mengikat perut untuk membayar ansuran bulanan rumah, namun harus ambil kira simpanan untuk kecemasan.

Selain itu, bagi mereka yang masih ingin mendapatkan rumah sendiri, memilih rumah yang dilelong adalah satu cara yang baik kerana harga rumah lelongan adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Jangan terus melabelkan rumah lelong sebagai rumah tinggal atau banyak kerosakan kerana bakal pembeli berhak melihat keadaan rumah sebelum membuat bidaan.


Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?

Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.

Malah, saya nasihatkan supaya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda benar-benar mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat bayaran pendahuluan kerana idea membuat pinjaman peribadi bagi membayar wang pendahuluan hanyalah akan menambah masalah.

Selain itu, antara tip yang boleh diguna pakai adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.

Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi mencecah tempoh 40 tahun, ia bukan satu langkah yang bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.


Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?

Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah.

Dalam tempoh 10 tahun, harga rumah mungkin akan meningkat. Sekiranya keadaan itu berlaku, ambil tindakan dengan menjual rumah berkenaan dan wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan rumah idaman anda.

Jangan tertekan dengan spekulasi bahawa sekiranya tidak beli rumah sekarang, harga akan meningkat. Memang benar harga rumah akan meningkat namun, ia tidak akan melebihi dua kali ganda harga kini dalam tempoh lima tahun. Malah, harga siling rumah ditetapkan pasaran. Jika terlalu mahal, tiada siapa akan beli.


Sumber Harian Metro Online.

Friday, September 17, 2010

Pinjaman Peribadi Koperasi

Dibuka untuk semua kakitangan kerajaan, badan berkanun dan swasta yang terpilih.

pinjaman sehingga RM250,000 tanpa penjamin.

Boleh overlap pinjaman lama. Tempoh bayaran sehingga 20 tahun.

Blacklist diterima.

-------------------------------------------------------------------

**Insentif akan diberikan kepada yang memperkenalkan rakan untuk membuat pinjaman.

**Insentif akan diberikan setelah rakan tersebut disahkan layak oleh pihak bank.

**Semua Maklumat permohonan adalah sulit.

---------------------------------------------------------------------

Untuk mengetahui jumlah kelayakkan, sms gaji pokok, elaun tetap dan jumlah potongan gaji kepada Ayza

019-4047709
019-5257336

Monday, August 30, 2010

BSN mahu keluar lebih banyak pinjaman mikro

BANK Simpanan Nasional (BSN) bercadang untuk mengeluarkan lebih banyak pinjaman skim mikro kredit bagi peniaga kecil dalam usaha memudahkan golongan itu mendapat akses pembiayaan susulan persekitaran perniagaan yang semakin rancak.

Naib Presiden dan Ketua Jabatan Mikro Kewangan, Nilammasri Ja’afar, berkata dalam tempoh lapan bulan tahun ini, sejumlah RM70 juta pinjaman dikeluarkan kepada 4,500 peminjam menerusi tiga skim mikro yang ditawarkan BSN.

“Skim berkenaan ialah TemaNiaga, TemaNiaga-i dan TemanMesra. Ia diperkenalkan secara berperingkat sejak 2007 yang menawarkan pembiayaan serendah RM5,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik maksimum lima tahun,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, BSN dijangka mengeluarkan pinjaman lebih tinggi tahun depan mengambil kira keupayaan 55 pusat mikro kewangan dan 383 cawangan BSN yang menawarkan pinjaman itu di seluruh negara.

“BSN belum menetapkan sebarang sasaran mengenai pengeluaran pinjaman mikro tahun depan. Bagaimanapun, dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik tahun depan, kami yakin permohonan pinjaman akan menjadi bertambah rancak dan positif,” katanya.
Ketika ini, 61 peratus daripada pinjaman yang disalurkan di bawah tiga skim pembiayaan mikro BSN adalah kepada peniaga terbabit dalam sektor sektor peruncitan, 32 peratus kepada sektor perkhidmatan, manakala tujuh peratus lagi kepada sektor pembuatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, BSN sentiasa memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan akses kemudahan perbankan menerusi kerjasama dewan dan persatuan perniagaan bagi membantu memajukan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Malah, katanya, BSN juga bersedia bekerjasama dengan persatuan perniagaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memajukan serta menaik taraf peniaga di bawah pentadbiran mereka.

“BSN melaksanakan mandat yang diberikan kerajaan untuk memberi kemudahan pembiayaan mikro kepada peniaga kecil dengan serius.

“Walaupun sumbangan segmen ini kepada portfolio pinjaman keseluruhan adalah kecil tetapi peranannya dalam membantu peniaga kecil mendapatkan pinjaman adalah lebih bermakna bagi menjadikan mereka lebih berdaya maju,” katanya.

Setakat ini, Nilammasri berkata, BSN mencatatkan pembayaran balik menggalakkan bagi skim pembiayaan berkenaan dengan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) yang masih terkawal.

Friday, August 27, 2010

CIMB Bank Berhad (CIMB) menjangka menyediakan 26 mesin juruwang automatik (ATM) tunai mata wang asing di 13 lokasi strategik menjelang tahun depan.

Ketua Perbankan Runcitnya, Peter England berkata, untuk tahun ini, CIMB akan menyediakan 14 ATM tunai mata wang asing di tujuh lokasi dengan setiap lokasi mempunyai dua ATM.


“Mengikut perancangan, kami akan menyediakan 26 ATM dengan 14 daripadanya disediakan menjelang akhir tahun ini di tujuh lokasi berlainan,” katanya pada majlis pelancaran yang disempurnakan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.


Menurutnya, ATM yang diperkenalkan itu yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan menawarkan pelanggan kemudahan mengeluarkan mata wang asing pada bila-bila masa.


“Mesin itu membolehkan pemegang kad kredit dan ATM CIMB dan CIMB Islamic mengeluarkan mata wang asing iaitu dolar AS, euro, dolar Australia, yen, dolar Hong Kong, baht, yuan dan rupiah,” katanya.


England berkata, pelanggan boleh mengeluarkan empat mata wang berbeza pada satu masa dan akan dimaklumkan mengenai kadar pertukaran.


“Setiap mesin hanya mengeluarkan empat mata wang asing dan pelanggan akan dimaklumkan mengenai kadar pertukaran pada hari berkenaan,” katanya.


Menurutnya, setakat ini perkhidmatan itu hanya didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal Penerbangan Tambang Murah dan Menara Bumiputra-Commerce.


“Kami masih dalam usaha mengembangkan perkhidmatan itu ke cawangan CIMB Bank di Damansara Utama, USJ 9, Pavilion Kuala Lumpur dan Tropicana City Mall ,” katanya. - Bernama

**Sumber Harian Metro online.

Thursday, August 26, 2010

MPS benarkan institusi kewangan Islam urus niaga wad

MAJLIS Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia memutuskan membenarkan institusi kewangan Islam menggunakan urus niaga hadapan mata wang asing untuk tujuan lindung nilai berasaskan wad (janji) yang mengikat pihak yang memberikan janji itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang bentuk balasan (yuran) dibenarkan ke atas pihak yang menerima janji, dengan mengambil pandangan bahawa pembiayaan tunai awal untuk urus niaga hadapan mata wang akan membawa kepada janji dua pihak yang tidak dibenarkan syarak, kata bank pusat itu dalam kenyataannya, semalam.

Bank pusat berkata, langkah itu sejajar dengan pendapat majoriti ulama bahawa wad satu pihak tanpa sebarang bentuk balasan dibenarkan dalam urus niaga hadapan mata wang.Bank pusat itu berkata, keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat MPS kali ke-102 pada 22 Jun lalu.

Pada mesyuarat itu, majlis berkenaan turut memutuskan bayaran manfaat takaful daripada dana risiko peserta (dana yang mengumpul tabarru (sumbangan) untuk membayar tuntutan peserta), boleh dilakukan.

Ia bagaimanapun tertakluk kepada peristiwa khusus, yang bukan saja terhasil daripada kerugian kewangan yang ditetapkan atau musibah dibenarkan, dengan syarat ia dipersetujui peserta takaful.

Keputusan itu dibuat sejajar dengan kontrak takaful yang dimeterai berasaskan konsep tabarru dan taawuni di kalangan peserta.
Bank pusat berkata, kedua-dua konsep itu membolehkan peserta bersetuju terhadap peristiwa yang membolehkan manfaat takaful dibayar.

Monday, August 23, 2010

SSM: Akta Terbaru Syarikat Lebih Baik

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Satu mekanisme alternatif akan diwujudkan di bawah Akta Syarikat 2011 bagi menyelamatkan syarikat-syarikat korporat yang mengalami masalah kewangan tetapi mempunyai potensi yang besar untuk maju.

Mekanisme yang dimaksudkan adalah skim pengurusan kehakiman dan penyusunan korporat secara sukarela yang memberi ruang serta peluang kedua kepada syarikat yang bermasalah.

Pengenalannya disegerakan berikutan negara boleh mengalami kerugian besar daripada aspek ekonomi jika syarikat-syarikat yang berpotensi terus terumbang-ambing tanpa hala tuju ketika menghadapi masalah kewangan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin yang merupakan individu penting dalam proses menghasilkan rang undang-undang baharu tersebut.

"Mewujudkan sesebuah syarikat yang mampu berdaya saing bukan mudah, jadi kami perlu melindungi serta menyelamatkannya daripada 'gulung tikar','' kata beliau.

Oleh itu, cadangan pindaan Akta Syarikat 1965 pada tahun depan dilihat selari dengan matlamatnya untuk membolehkan syarikat-syarikat korporat terus berkembang di negara ini.

Katanya, dengan pengenalan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) ke arah memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik, akta sedia ada yang digunapakai sejak 1965 didapati tidak lagi sesuai serta ketinggalan dengan keperluan semasa.

Beliau berkata, akta syarikat yang ada telah dipinda sebanyak 35 kali dan terbaharu pada Ogos 2007 untuk mengatasi kelemahan serta kekangan yang boleh menyekat pembangunan industri.

Menurut Azmi berkata, akta baharu itu akan dibentangkan ke Parlimen pada tahun depan dan diharap akan diwarta segera.

"Tiba sudah masanya, kita menggantikan akta tersebut dengan yang baharu dan relevan untuk 100 tahun akan datang,'' kata Azmi sambil berkata, akta itu juga selari dengan dasar kerajaan yang lain termasuk 1Malaysia, dan Wawasan 2020.

Malah, akta berkenaan juga menggunakan penanda aras antarabangsa dengan mengambil kira penilaian daripada Worlds Bank's Doing Business Report dan International Institute for Management Davelopment's World Competitiveness Yearbook sebagai rujukannya.

Menurut Azmi, antara ciri utama Akta Syarikat 2011 ialah sesebuah syarikat yang berdaftar di negara ini boleh diperbadankan dengan penglibatan seorang ahli atau pemegang saham sahaja.

Beliau berkata, akta baharu antara lain juga tidak mengehadkan transaksi komersial yang boleh dijalankan biasanya ditetapkan di dalam memorandum penubuhan sesebuah syarikat.

Selain itu, aspek kawal selia syarikat juga dititikberatkan dengan menambah baik tahap pengurusan korporat dengan menggabungkan elemen ketelusan dan teknologi maklumat (IT).

Azmi berkata, ketika ini, terdapat banyak masalah berlaku melibatkan syarikat sendirian berhad berkenaan dengan kewajipan untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM) yang ditetapkan undang-undang sekarang.

"Undang-undang baharu akan memansuhkan keperluan mandatori tersebut dan mengurangkan takat minimum kehadiran bagi sesebuah AGM.

"Kelonggaran ini akan memberikan kesan yang positif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kebanyakannya diusahakan oleh ahli keluarga dan tidak memerlukan AGM di adakan secara formal,'' kata beliau.

Di bawah akta itu, proses membuat keputusan juga dipermudahkan dengan membenarkan syarikat sendirian berhad untuk membuat resolusinya sendiri walaupun tidak mendapat undian majoriti.

Katanya, akta baharu ini memberi faedah kepada PKS memandangkan kalangan itu merupakan pihak majoriti iaitu sebanyak 99.2 peratus daripada keseluruhan syarikat yang terdapat di Malaysia.

Azmi juga berkata, di bawah penguatkuasaan akta baharu, konsep pekerja sendiri menanggung kesalahan jenayah mereka tanpa melibatkan syarikat turut diperkenalkan.

Kata beliau, bagi menggalakkan pertumbuhan syarikat, sistem pendaftaran dan syarat kelayakan akan dipermudahkan.

Tambahnya, dengan adanya undang-undang baharu itu nanti, para pengusaha syarikat dan usahawan pasti tersenyum lebar apabila mereka tidak perlu lagi membuat pembayaran pendaftaran syarikat mengikut modal tetapi hanya mengikut sektor tertentu.

"Satu kadar rata akan diwujudkan tanpa mengira jumlah modal perniagaan dan ini akan menggalakkan syarikat memulakan perniagaan dengan modal yang lebih besar,'' tambah beliau sambil menambah, langkah itu diperkenalkan untuk memberikan keadilan kepada semua.

*Dipetik dari Utusan on line.

Monday, April 19, 2010

Tips Berniaga: Ketepatan Masa

Hari tu saya dah bagi tips pasal promosi. Kalau belum baca klik disini. Kali ni saya nak bagi lagi tips baik punya untuk anda. Benda ni memang nampak macam perkara remeh dan mudah, tapi perkara ini memang sesuatu yang perlu di titik beratkan oleh peniaga. Tambah-tambah peniaga melayu. Benda ni dah jadi macam penyakit pula di kalangan peniaga melayu.

KETEPATAN MASA perniagaan beroperasi memang sesuatu yang sangat-sangat penting. Rata-rata peniaga yang saya lihat, peniaga melayu yang paling selalu kena penyakit ni (saya juga kena juga penyakit ni kadang-kadang). Perkara berlaku apabila anda.

Sekiranya anda mempunyai pekerja, perkara seperti ini jarang berlaku. Anda hanya perlu pantau pergerakan pekerja anda supaya mereka mematuhi waktu bekerja. Yang selalu terjadi masalah begini bagi peniaga yang tidak memiliki pekerja dan hanya mengendalikan perniagaan itu sendiri.

Sebagai contoh saya ambil satu kedai runcit berhampiran kedai saya yang membuka dan tutup kedai tidak menentu. Hari cuti atau rehatnya juga berubah-ubah. Sekali dua mungkin tak terasa kesannya. Tetapi lama-kelamaan anda akan dapat lihat graf orang ke kedai anda menurun. Anda rasa sebab apa? Anda suka ke kalau nak beli barang di kedai ni, anda pun drive le pergi sana. Alih-alih bila sampai tengok kedai tu tutup atau tidak beroperasi hari itu.

Kalau saya dah tentu hangin satu badan. Siap rasa macam nak bakar lagi. Mungkin peniaga itu ada alasan tersendiri kenapa dia buka lambat atau tak berniaga hari itu. Tetapi anda kena tahu yang pelanggan bukan mau dengar sebab-musabab anda. Yang pelanggan tahu, dia datang kedai anda, kedai itu beroperasi, dia beli barang dan balik dengan happy.

Jadi sekiranya anda ingin bercuti pada hari-hari yang bukan hari biasa anda cuti, lebih baik anda maklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan anda atau buat satu notis dan tampal depan kedai anda 2-3 hari sebelum cuti. Sekurang-kurangnya tidak la letih pelanggan anda datang tengok kedai anda tutup.

Pentingkan ketepatan masa? Saya harap penerangan saya kali ini dapat menambah sedikit lagi pengetahuan anda dalam berniaga.

Thursday, April 15, 2010

Tips Berniaga-Promosi

Tidak semua orang yang dilahirkan dengan naluri ingin berniaga. Ada setengah orang tu dia anggap kerja makan gaji pun sudah cukup dan tak perlu pening-pening kepala fikir nak bayar gaji pekerja la, bayar sewa dan nak tambah stok bahan. Walaupun golongan ini sedar yang berniaga lebih mendatangkan keuntungan.

Untuk golongan begini, kita biarkanlah. Tapi kepada anda yang memang minat dengan berniaga, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan, jangan lupa untuk mempromosikan produk atau perniagaan anda. Promosi memang penting untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai sesuatu perkara yang anda lakukan. Kadang-kadang anda telah hasilkan sesuatu yang kreatif, tapi anda tidak membuat sebarang promosi dan biarkan begitu saja dengan harapan lambat laun orang akan tahu dengan sendiri. Tindakan itu salah!

contoh promosi oleh One Drop Perfume

Promosi perlu dilakukan dan ianya perlu dilakukan dengan berterusan. Promosi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti buat flyers (sendiri atau tempah), iklan di akhbar atau majalah, internet dan business card.

Selalunya peniaga tidak melakukan promosi kerana menganggap yang perkara itu akan berlaku dengan hebahan mulut-mulut orang (pelanggan atau saudara-mara) dan selalunya takut hendak mengeluarkan modal melakukan promosi. Anda mahu orang tahu mengenai anda dan produk anda jadi kena la keluarkan sedikit modal. Tak semestinya modal untuk promosi itu mahal. Kratif la sikit. Pilih la promosi yang melibatkan modal yang rendah dan kalau anda bijak mungkin juga boleh dibuat dengan percuma seperti melalui facebook atau blog.

Jadi rancangankan perjalanan perniagaan anda dengan betul. Jangan jadi seperti saya cakap tadi, idea anda kretif dan produk anda sangat la best. Tapi sayang tiada promosi maka itu akan menyebabkan produk anda tidak diketahui orang dan susah untuk di jual.

Tuesday, April 13, 2010

DURIAN RUNTUH


Alhamdulillah... Syukur kebelakangan ini rezeki agak murah untuk saya. Walaupun sibuk kejar kesana-kemari, tapi berbaloi. Salah satu berita gembira yang saya nak kongsi ialah loan Tekun kedai saya.

Saya menanti selama 2 tahun untuk diberi pinjaman oleh pihak tekun. Bayangkan 2 tahun bukan satu jangka masa yang singkat. Saya sudah berputus asa untuk menanti jawapan dari Tekun.

Hingga la baru-baru ini, tak kala satu-satu berita gembira datang dalam hidup saya, dua orang pegawai Tekun datang menambahkan satu lagi berita gembira untuk saya.

Serta-merta marah saya (bukan marah tapi kecil hati) dengan Tekun sebelum ini hilang begitu saja. Rupanya Tekun sayang lagi pada saya walupun sebelum ini pernah beberapa kali saya kirimkan e-mail memarahi Tekun. Hee... Maaf ye Tekun. Time marah tu emosi tak stabil.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tekun kerana berusaha untuk membantu usahawan bumiputera seperti saya. Semoga dengan modal pusingan yang saya terima perniagaan saya akan lebih maju dan mampu bersaing dengan peniaga lain sekitar sini.

Sunday, April 11, 2010

Time Is Running Out!

Aahhh!!!... Bz ya amat saya baru-baru ini sampai tak sempat update blog ini. Pegi KL pagi ptg balik sini. Dah macam KL tu dekat sangat.

Lusa nih Pergi KL lagi. Petang terus drive balik sini. Kalau sempat singgah Cameron Highlands ambil barang kedai sikit. Memang letih betul badan ni.

Lepas-lepas ni ada kelapangan saya akan update balik blog saya macam biasa. Kepada anda yang blogwakling disini, saya ucapkan terima kasih ye. Lagi-lagi si tubelawak tu. Tak letih-letih dia walking sini.

Thanks ya pakcik Crayon!

Wednesday, April 7, 2010

BERIKLAN DI BESTNYA DUIT!!!

Tahniah! Anda telah membuat pilihan yang tepat untuk beriklan di ruangan iklan Bestnya Duit. Untuk makluman anda, blog ini dilawati oleh pengunjung hampirt setiap hari pada anggaran 1000 unik visitor!

Untuk beriklan disini, anda tertakluk kepada beberapa syarat di bawah-
- iklan yang berkaitan bahan lucah tidak diterima
-RM10 hanya untuk satu bulan
-iklan mestilah dalam saiz 125x125
-seboleh-bolehnya iklan di design sendiri oleh anda
-iklan hanya akan disiarkan setelah menerima bayaran dari anda

Pada ruangan di bawah, sila isikan kesemua butiran yang diminta. Terima kasih

Nama:
Alamat Email:
Nombor Telefon
Soalan Atau Cadangan

Click here to create your own form.

Sunday, April 4, 2010

10 Tips Elak Kesalahan Mula Berniaga


Hari ini saya hanya menghabiskan masa di kedai saya. Sambil membaca buku-buku yang berlambak dekat rak sebelah saya.

Teringin pula nak kongsi dengan kawan-kawan semua apa yang saya baca ni. Takde la best sangat pun macam title blog saya bestnyaduit. Tapi rasanya best la juga. Perkara yang berkaitan dengan perniagaan. Dah blog pasal perniagaan mesti la cerita benda yang berkaitan dengan berniagakan. Tak kan nak cerita pasal baiki motor pula.

Tulisan Dr.Irfan Khairi mengenai Cara Penting Memulakan Perniagaan, ada menyenaraikan 10 tips elak kesalahan yang biasa usahawan baru lakukan. Benda nampak remeh je, tapi 10 sebab ini la boleh buat perniagaan kita kurang berjaya.

10 kesalahan itu ialah:

  1. Jangan memilih perniagaan yang terlalu umum
  2. Mesti ada perancangan
  3. Jangan membazir pada sesuatu yang tidak perlu
  4. Permulaan perniagaan, jangan hanya menunggu peluang yang besar sahaja
  5. Gunakan internet untuk mempromosikan perniagaan kita
  6. Jika nak letak flyers perniagaan anda, pastikan kena tempatnya
  7. Mesti mempunyai keyakinan pada diri dan perniagaan yang di jalankan
  8. Jangan berhenti mempromosikan perniagaan anda
  9. Motivasi diri sendiri dan jangan mudah lemah semangat
  10. Jangan mengharapkan orang lain untuk buat kerja kita.
Setiap satu point yang di sebut tadi ada huraian nya. Cukup la saya cuma kongsi tajuk pentingnya. Panjang sangat nak tulis isi. Hee...

Moga ini boleh dijadikan panduan untuk anda yang mahu memulakan perniagaan. Tak kira la perniagaan apapun janji ianya halal dan anda minat dengan perniagaan anda jalankan.

Friday, April 2, 2010

KEJUJURAN DIRI SENDIRI


Bulan sudah saya terpaksa menyuruh seorang pekerja saya letak jawatan gara-gara tidak amanah. Bayangkan baru tiga hari bekerja, dia dah panjang tangan! Saya bukan la seorang yang kejam dan suka-suka hati berhentikan kerja seseorang. Lagi-lagi pekerja saya itu seorang ibu tunggal. Lagi la saya kesian pada dia.

Tapi di sebabkan kepercayaan saya pada dia telah hilang dan demi perniagaan saya, maka terpaksa la saya mintak dengan cara elok supaya dia berenti kerja.

Takut woo dapat pekerja macam nih. Entah apa benda yang dia angkut keluar senyap-senyap dari kedai saya pun saya tak tahu and tak perasan.

Itu la yang saya nak kongsi. Kepercayaan seseorang itu sangat penting untuk kita. Lagi-lagi dalam dunia bisnes. kalau kita jujur sure costumer tu akan sentiasa cari kita. Tapi kalau ambil jalan singkat nak kaya cepat, alamatnya tutup kedai pun cepat la nampaknya. Jadi berlaku jujur pada semua orang dan jujur pada diri sendiri.

Thursday, April 1, 2010

AWARD DARI PEREKA CERITA


Terkejut juga saya bila tengok di shout mix saya kelmarin ade seorang blogger yang baik hati ‘Pereka Cerita’ telah bagi award dan follow blog saya. Di sebabkan ini first award yang saya dapat, saya hargai sangat-sangat. Terima kasih ye Pereka Cerita.

Saya baru lagi berblogging dan begitu teruk susunan blog saya. Berterabur giler (jealous tengok blog orang lain). Namun begitu saya sedang learning untuk bagaimana nak blog dengan lagi sempoi.

Sekali lagi thanks Pereka Cerita… Lain kali kalau ada award ape-ape jangan malu untuk bagi kat saya ye…

Hahaha…

Wednesday, March 31, 2010

DELIMA PENIAGA


Bulan ni dengan bulan lepas rata-rata peniaga di sekitar kedai saya mengeluh disebabkan sales yang jatuh mendadak. Kedai saya juga tak terlepas dengan tempias ini. Bayangkan setengah dari pada pendapatan kami setiap bulan hilang boleh dikatakan setengah!

Saya beri contoh jika sebelum ini setiap bulan kedai saya mampu memperolehi pendapatan kasar sekitar rm6k – rm8k, tapi selama dua bulan berturut-turut kedai saya hanya mampu memperoleh sales sekitar rm3k!

Hadoi, pening kepala fikirkan benda begini. Tapi delima begini bukan saja di hadapi oleh saya dan peniaga sekitar sini. Saya rasa peniaga-peniaga di tempat lain juga menghadapi masalah begini.

Tak tahu la mana silapnya. Mungkin sebab before this government gaji awal kot. So duit yang ada tu terpaksa di jimatkan untuk mampu bertahan hingga gaji bulan depan? Entah, saya pun tak tahu. Itu Cuma andaian saya.

Tapi apa-apa pun kedai tetap kena buka and hati kena manyak sabar maa (macam peniaga cina cakap J). Pasang surut dalam dunia perniagaan memang perkara biasa. Jadi tabahkan je la hati ini.

Tuesday, March 30, 2010

RASA MUDAH BUAT DUIT


Baru-baru ni saya telah balik ke kampung isteri. Dah lama tak jenguk orang di sana. Sibuk sangat dengan kerja sampai takde masa nak tanya kabar.

Dah sampai sana, saya pun cari la downline saya yang pernah saya ceritakan dulu (Kalau tak pernah baca klik sini)

saya tanya macam mana jualan topup dia? masih buat or dah tinggal (hangat-hangat tahi ayam..hee). Rupanya dia masih aktif menjual topup di sana. Dan jualan dia dan meningkat sampai 2-3 kali ganda!

fuh! Hebat. Ingat ke dia jenis buat kerja sekerat-sekerat je. Tentu dia rasa mudah buat bisnes jual topup ni sebab bukan dia yang cari orang tapi orang yang cari dia.

Sekiranya anda berminat, jom join saya. Memang tak kaya buat benda ni. Tapi sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan. Jika berminat, klik disini.

Thursday, March 25, 2010

INGIN MENJADI USAHAWAN? PUNB MEMBANTU ANDA



SELAMA dua hari saya mengikuti kursus kelolaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Swiss Inn Sungai Petani, Kedah, saya rasakan amat berbaloi walaupun terpaksa menghabiskan seharian di dalam dewan seminar. Masa yang berlalu memang tak terasa. Betapa banyak info berguna telah mereka kongsikan dengan peserta kursus.
Apa yang boleh saya katakan, PUNB betul-betul mahu membantu usahawan Bumiputera dalam bersaing dengan usahawan lain. Syarat-syarat yang ditetapkan serta tunjuk ajar yang diberi benar-benar membantu dan tidak membeb ankan kita golongan peniaga atau mereka yang baru mahu mencebur dalam dunia perniagaan.

Sekiranya anda seorang siswazah dan hingga kini masih menganggur atau mendapat perkerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakkan anda, anda patut mengikuti program Perintis anjuran PUNB. Mereka akan membimbing anda dalam langkah untuk menjadi usahawan. Siap bagi alaun lagi RM800. Dan sekiranya siswazah itu sudah memenuhi syarat-syarat PUNB, mereka akan memberi pinjaman kepada anda.

Dan kepada usahawan dan bakal usahawan pula,
sekiranya anda mahu mengembang perniagaan sediada menjadi lebih besar, PUNB boleh meluluskan pinjaman hingga 1 juta!

Rasa saya mereka masih lagi menganjur seminar di beberapa lokasi lagi. Sekiranya anda berminat, rajin-rajin le belek surat khabar. Jadual kursus dan tempat yang akan mereka singgah selalunya ada di iklankan.

So, apa lagi usahawan semua. Pergi cari surat khabar cepat! Mana le nak tau 2 atau 3 tahun dari sekarang perniagaan kita mampu berkembang gila-gila punya. senang sampai ke anak cucu. Rembat mana peluang yang datang dulu, sebelum orang lain rembat!

Monday, March 22, 2010

SEMUA CAKAP PASAL DUIT

KELUARAN terbaru Mastika bulan April memaparkan kisah mengenai skim perniagaan internet. Tiga kisah mengenai individu yang berjaya mengubah hidup mereka ialah N.D.Lala, Ahmad Zulfaisal (Zul Kecik) dan seorang artis iaitu Yantzen.

Jika melihat N.D.Lala sudah tentu kita dapat mengagak bisnes apa yang telah dia sertai hingga berjaya menjadi jutawan. Walaupun tidak di nyatakan apakah nama bisnes itu, tetapi saya sudah sedia maklum yang N.D.Lala menjalankan sebuah perniagaan internet iaitu UPTREND. menurut N.D.Lala lagi, bisnes yang dijalankan ini telah melahirkan 37 jutawan Melayu!

Lain pula cerita Zul Kecik. Dia lagi hebat. Zul hanya mengambil masa 9 bulan untuk dinobatkan sebagai jutawan muda!

Kepada anda yang mahu mengetahui apakah isi cerita mengenai mereka bertiga, dapatkan Mastika April yang sudah berada di pasaran sekarang.






Thursday, March 18, 2010

100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia-Bhg1

* Sumber ini dipetik dari: The 100 a Ranking of the Most Influental Persons in History. Penulis Michael H Hart, Golden Books Centre Sdn. Bhd. 1989, Citadel Press(1987).
saya bermula dari yang berada di tempat yang ke 100 hingga yang paling berpengaruh.

M= Masehi, SM=Sebelum Masehi

100. Niels Bohr (1885-1962-Lahir di Copenhagen, Denmark)
99. Mahavira (599-527SM-Lahir di India)
98. Pablo Picasso (1881-1973-Lahir di Malaga, Sepanyol)
97. Johannes Kepler (1571-1630-Lahir di Weil Der Stadt, jerman)
96. Justinian I (483-565-Lahir di Tauresium, Yugoslovia)
95. Ratu Elizaberth I (1533-1603-Lahir di Greenwich, England)
94. Homer (ke-8 CBC)
93. John Dalton (1766-1844-Lahir di Eaglesfield, Englands)
92. Mencius (371-289SM-Lahir di Tsou, China)
91. Peter Yang Agung (1672-1725-Lahir di Moscow)
90. Menes (3100SM-Lahir di Mesir)
89. Zoroaster (628-551SM-lahir di Iran)
88. Niccolo Machiavelli (1469-1527-Lahir di Florence, Itali)
87. Leonardo Euler (1707-1783-Lahir di Basel Switzerland)
86. Cyrus Agung (590-529-Lahir di Fars, Iran)
85. Charlemange (742-814-Lahir di Aachem, Perancis)
84. Vasco Da Gama (140-1524-Lahir di Sines, Portugal)
83. Mani (216-276-Lahir di Mesapotamia)
82. Sui Wen Ti (541-604)
81. Gregory Pincus (1903-1967-Lahir di Woodbine, New Jersey)
80. John F Kennedy ( 1903-1967-Lahir di Bookline, Massachusettes)
79. Voltaire (1694-1778-Lahir di Paris, Perancis)
78. Francis Bacon (1561-1626-Lahir di London, England)
77. Thomas Maltus (1766-1834-Lahir di Darking Surrey, England)
76. Enrico Fermi (1901-1954-Lahir Di Rom ,Itali)
75. Lao Tzu (Ke-4 CBC)
74. Johann Sebastian Bach (1685-1750-Lahir di Eisenach, Jerman)
73. Wilherm Conrad Rontagen (1845-1750-1923-Lahir di Lennep, Jerman)
72. Edward Jenner (1749-1823-Lahir di Berkeley, England)
71. Jean-Jacques Rousseau (1712-1778-Lahir di Geneva, Switzerland)
70. Thomas Jefferson (1743-1826-Lahir di Shadwell, Virginia)
69. William Penakluk (1027-1087-Lahir di Normandy, Perancis)
68. Ratu Isabella I (1451-1504-Lahir di Madrigel, Sepanyol)
67. Hernando Cortes (1485-1923-Lahir di Medellin, Sepanyol)
66. Francisco Pizarro (1475-1541-Lahir di Trujillo, Sepanyol)
65. julius Caesar (1oo-44SM)
64. Rene Descartes (1596-1650-Lahir di La Haye, Perancis)
63. Joseph Stalin (1879-1953-Lahir di Gori, Georgia)
62. Louis Daguerre (1787-1851-Lahir di Corneilles, Perancis)
61. Nikolaus August Otto (1832-1891)
60. Joseph Lister (1827-1912-Lahir di Upton, England)
59. Gregor Mendel (1822-1884-Lahir di Heizendorf, Czechosslovakia)
58. Antoine Henri Becquerel (1852-1908)
57. William harvey (1578-1657-Lahir di Folkestone, England)
56. William TG Morton (1819-1868-Lahir di Massachusetts, Amerika Syarikat)
55. John Calvin (1509-1564-Lahir di Noyon, Perancis)
54. Max Planck (1858-1947-Lahir di kiel, Jerman)
53. St Augustine (354-430-Lahir di sout-Ahras, Algeria)
52. Asoka (300-232SM)
51. Umar Ibni Al-Khattab (586-644M)

*Bersambung di bahagian ke-2

Wednesday, March 17, 2010

7 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN



Berikut saya beri 7 tips memulakan perniagaan. Tips ini saya perolehi oleh seorang blogger. Mungkin anda boleh mempraktikan 7 tips ini:

1. Bina keikhlasan dan akhlak yang mulia dalam diri.

2. Tetapkan matlamat, misi dan visi perniagaan (konsep niat).

3. Utamakan perniagaan yang benar-benar diperlukan oleh pengguna. Jangan sesekali membuatkan orang lain menggunakan barangan/perkhidmatan yang tidak perlu atau terpaksa melakukannya kerana dipujuk oleh anda. Tanamkan konsep ‘menolong sambil menjana untung’.

4. Senaraikan bentuk perniagaan yang ingin diceburi. Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.

5. Dapatkan khidmat nasihat serta menimba pengalaman daripada individu yang berjaya, peniaga yang pernah muflis dan syarikat, yayasan atau jabatan kerajaan seperti MARA, FELDA, Kementerian Pertanian, Kementerian Luar Bandar dan Keushawanan dan sebagainya.

6. Mulakan perniagaan dalam bidang yang anda tahu. Gunakan bakat, minat, ilmu dan kemahiran anda sebaiknya. Luaskan skop ilmu, kemahiran dan horizon pemikiran anda. Amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

7. Jika anda bekerja, jangan berhenti kerja dahulu sebelum perniagaan anda benar-benar kukuh. Bagaimanapun, pastikan perniagaan anda tidak menjejaskan tugas hakiki dan prestasi kerja anda.


DIPETIK DARIPADA:7KILAS.BLOGSPOT