Bestnya Duit,blog mengenai peluang-peluang perniagaan melalui internet dan tips-tips menambah pendapatan, review tentang handphone dan gadget terkini. Berkongsi ilmu tentang dunia perniagaan. Ilmu yang ada di kongsi bersama. Sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Tuesday, August 23, 2011
Killeney Kopitiam | Rancang Buka 10 Cawangan & 10 Kios Di Malaysia
RANTAIAN restoran makanan dan minuman berpangkalan di Singapura, Killeney Kopitiam bersama-sama dengan Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) merancang membuka 10 restoran francais dan 10 kios seluruh negara menjelang pertengahan 2012.
Francaisor Killeney Kopitiam bagi Malaysia dan Timur Tengah, Estinwira Sdn Bhd (Estinwira) berkata, setiap cawangan dijangka menelan kos perbelanjaan antara RM300,000 dan RM500,000, termasuk yuran francais RM100,000. Pengerusi Eksekutif Estinwira, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, satu memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak akan dimeterai minggu depan yang akan memudahkan pembukaan 10 restoran Killeney Kopitiam di wilayah tengah dan 10 kios di universiti terpilih seluruh negara, di mana hak francais akan diberikan kepada ahli GMB terpilih.
Beliau berkata, Killeney Kopitiam ketika ini beroperasi di sembilan lokasi di Lembah Klang, termasuk di Setia Alam, Shah Alam; SS2 Petaling Jaya, Damansara Uptown serta di Giant, Kota Damansara; Tesco Jalan Kelang Lama dan di Kuala Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment