Wednesday, March 3, 2010

AFFILIATE

AFFILIATE adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjadi “agen pemasaran” bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha – pengusaha laman web.

Seperti yang dapat dilihat pada blog saya, banyak iklan-iklan percuma hasil daripada program affiliate yang saya sertai. Kebanyakkan agen pemasaran menawarkan kerjasama program affiliate secara percuma! Namun ada juga yang menawarkan program affiliate ini selepas anda membeli produk mereka. Bergantung kepada syarat yang ditawarkan oleh mereka. Dan yang lagi bestnya mengenai affiliate ini ialah anda mampu memperolehi pendapatan sekiranya ada prospek yang klik pada link produk yang ada pamerkan pada web/blog anda. Kebiasaan anda akan dibayar 20%-50% bagi sesuatu produk yang terjual. Bergantung pada jenis produk itu.

Bagi yang masih baru dengan dunia internet tentu anda tertanya-tanya mengapakah ia (affiliate) percuma? Pernah saya menceritakan kepada kawan saya mengenai affiliate. Alih-alih kawan saya kata kepada saya “Mana ada benda free dalam dunia ni. Itu mesti nak menipu orang kata free tu”. Saya tersenyum dengar jawapan sahabat saya itu. Biar saya terangkan mengapa ia percuma.

Anda tentu pernah mengunjungi laman-laman iklan yang terdapat dalam internet, sebagai contoh iklanpercuma.com atau yang agak popular mudah.com.my. Laman-laman iklan ini menawarkan tapak-tapak iklan percuma kepada mereka yang berhasrat mahu mempromosi produk atau perkhidmatan mereka. Namun begitu mereka juga ada menawarkan pakej pengiklanan berbayar. Apa beza antara berbayar dengan percuma? sekiranya anda membayar contohnya satu iklan RM50 untuk dipromosikan selama satu bulan, maka iklan anda memdapat kelas istimewa sedikit di mana iklan anda sentiasa di pamerkan dengan lebih kerap walaupun pengujung laman itu kerap beralih dari satu bahagian ke satu bahagian di dalam laman itu. Sedangkan iklan percuma pula mampu bertahan selama 1 bulan atau lebih tetapi satu kelemahan jika anda mengiklan produk anda hari ini, ke esokkan harinya iklan anda itu semakin beranjak kebelakang kerana semakin banyak iklan percuma baru yang masuk hingga iklan anda semakin ke bawah.

Berbalik kepada persoalan pertama tadi, mengapa agen pemasaran ini memberi perkhidmatan percuma kepada anda? siap mendapat komesin lagi jika ada yang membeli produk mereka dari web/blog anda? jawapannya kerana anda telah bermurah hati meletak iklan mereka secara percuma di web/blog anda. Siap iklan mereka itu boleh dilihat 24 jam di blog anda. Jadi sebagai ucapan terima kasih mereka akan memberi komesin kepada anda. Adilkan perniagaan begini? anda beri tapak percuma, mereka bayar apabila terjual produk itu.

Saya cadangkan anda mencuba sendiri kerana selain tak mengeluarkan kos, ia boleh menjana pendapatan anda. cuba dengan link-link iklan yang terdapat di blog saya atau anda sendiri cuba cari mana-mana web yang menawarkan affiliate.

Tuesday, March 2, 2010

Video Percuma

Sewaktu mula-mula saya sedang mencari sesuatu bahan rujukan di internet yang saya kira dapat membantu saya memajukan tahap pengetahuan saya dalam selok belok dunia internet, bermacam-macam laman web telah saya temui. Dan saya telah menemui sebuah laman web yang saya rasa lengkap dalam membantu usahawan internet baru, iaitu videopercuma.com.

Videopercuma.com telah di bangunkan oleh Zamri Nanyan, Mohd Sufian & Shamsuriyadi Mamat dalam usaha membantu sesiapa yang ingin menjadi usahawan internet.

Saya tertarik dengan laman ini kerana segala penerangan yang di lakukan adalah dalam format video bahasa melayu yang mudah difahami. Langkah demi langkah yang ditunjukan juga lengkap serta merangkumi semua masalah yang selalu dihadapi oleh usahawan internet yang baru berjinak-jinak dengan dunia internet.

Video yang berada disini merangkumi 2 perkara yang amat penting di dalam memulakan perniagaan Internet ini nama domain dan webhosting.

Bagi anda yang berminat untuk mendalami cara bagaimana untuk menghasilkan webhosting dan memiliki domain nama sendiri, laman videopercuma.com adalah video yang terbaik untuk anda dan wajib ditonton.

dan satu lagi perkara menarik yang berada disini, anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan program yang mereka tawarkan!

Berminat untuk melihat video ini, klik link di bawah ini:

http://videopercuma.com/r/offer

Saturday, February 27, 2010

BELAJAR DARI PENGALAMAN

SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada tuan/puan dan kawan-kawan yang sudi menjengah ke blog bestnyaduit. Dalam zaman yang semakin pesat membangun dan kos sara hidup makin meningkat ini, kita sering kali menjadi mangsa kepada ekonomi dunia yang tidak menentu. Mata wang nilainya semakin hari semakin mengecil. Kalau dulu di zaman mak ayah kita dulu, 1sen bermacam-macam benda yang boleh dibeli. Tapi apa nilai duit 1sen pada hari ini? sudah tiada nilai lagi.

Kalau satu masa dulu sekiranya kita bekerja dan memperolehi rm1500 sebulan kita sudah rasa nilai itu tinggi, tapi hari ini kita silap jika masih menganggap begitu. Kerajaan kita pernah mengeluarkan kenyataan yang isi rumah yang memperolehi pendapatan rm1500 sebulan tergolong dalam golongan susah.

Tapi nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w juga pernah berkata bahawa 9/10 dari rezeki datangnya dari berniaga. Maka kita sebenarnya di anjurkan supaya berniaga sendiri. Walaupun perniagaan itu kecil-kecilan tetapi Insyaallah ia setimpal dengan usaha kita.

Walaupun begitu berniaga juga memerlukan modal. Walaupun kita merancang untuk memulakan satu perniagaan itu secara kecil-kecilan, tetapi harus di ingat kos untuk memulakannya tetap menelan belanja. Kiranya kita berhasrat untuk menyewa kedai untuk perniagaan kita, sewa bulanan rm8xx - rm3xxx sudah semestinya. Itu belum di ambil kira kos menambah bahan mentah setiap bulan. Sekiranya kita menjual produk bermusim, maka kita kena pastikan produk yang kita jual itu relevan dari masa ke semasa.

Jika kita berhasrat memulakan perniagaan menjual makanan contoh goreng pisau atau berger, kos untuk stall dalam lingkungan rm3xx-rm3xxx. Menjual makanan memang sentiasa ada permintaan kerana manusia perlukan makanan untuk hidup. Tapi sering kali kita melihat mereka yang berniaga goreng pisang atau berger, tidak mampu bertahan lama. Mungkin hanya mampu bertahan 1 tahun (ada juga yang mula berniaga hari ini, esok dah gulung tikar). Mengapa ini terjadi? Jangan kita lupa yang faktor tempat adalah satu perkara wajib yang perlu kita utamakan bagi perniagaan begini. kebiasaanya perkara ini dipandang remeh oleh kita. Selain itu faktor persaingan dari peniagaan lain dan kekurangan modal pusingan juga penyebab golongan peniagaa begini gulung tikar.

Saya menulis bukan berdasarkan fakta, tetapi saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya adalah seorang yang tergolong dalam golongan yang minat berniaga. Saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan bermula dengan kosong, iaitu tiada lansung ilmu-ilmu perniagaan. Tetapi saya kutip satu-satu ilmu itu sepanjang saya berniaga dan bekerja makan gaji dengan orang. Saya pernah berniaga berger, menjual produk perladangan, menjual rumah, bekerja di kantin sekolah dan berjenis lagi perniagaan dan pekerjaan telah saya ceburi. Saya pernah tersungkur ke bawah berkali-kali. Tetapi pengalaman tersungkur itulah telah mendewasakan saya dalam dunia perniagaan. Terkini saya telah mempunyai sebuah kedai barangan pengantin hasil usaha sama saya dan juga isteri. Pun begitu saya masih lagi dalam proses pembelajaran selok-belok berniaga. Saya masih lagi belum bebas dari belenggu masalah kewangan dan hutang.

Oleh itu saya mencuba perniagaan internet. Saya berpendapat berniaga di internet lebih mudah dan mampu mengurangkan kos memulakan perniagaan. Kedai barangan pengantin saya mula beroperasi pada pukul 12tgh hingga 9mlm dan tidak beroperasi pada hari rabu dan hari cuti tertentu. Tetapi di internet perniagaan kita mampu berjalan selama 24 jam dan 365 hari tanpa tutup. Saya juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan atau mereka yang berminat untuk mengetahui produk saya. Mereka atau anda yang berminat boleh membaca sendiri atau mengklik pada gambar produk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu.

Saya tidaklah terlalu terdesak dalam mencari wang, tapi apalah salahnya jika kita sebenarnya mampu untuk mencari sedikit lebihan wang dalam tangan kita. Mungkin kita berpendapat hasil yang kita perolehi sekarang sudah memadai. Tetapi kan lebih bagus sekiranya kita mempunyai lebihan yang dalam simpanan? tak banyak, sedikit pun jadi lah sebab kita tak tahu untung nasib kita akan datang. Mungkin esok mendung menyelubungi hidup kita. Tidak secerah hari ini.

Oleh itu sekiranya kita memperolehi sesuatu yang dirasakan boleh menjana sedikit pendapatan kita supaya kita dapat menarik nafas lega sedikit di kemudian hari, Maka lakukanlah segera kerana peluang mungkin hanya datang sekali dalam hidup kita.

-Pendapat ikhlas jujur oleh saya, KHAIRIL