Monday, March 15, 2010

Sikit-Sikit Lama-Lama jadi Everest

Tadi pagi apabila bangun dari tidur, saya terus check email saya (kebiasaan memang begitu). Tersenyum saya sendiri apabila melihat sudah ada sedikit hasil dari percubaan saya, berniaga di internet.

Yang lagi bestnya downline saya juga dah pandai buat kerja dia sendiri. Jadi ini membantu lagi perkembangan perniagaan yang kami jalankan.

Nampaknya percubaan saya untuk mencuba perniagaan di internet telah Berjaya mungkin dalam 30%. Walaupun belum 50% atau 100% tapi saya masih lagi dalam proses kajian.

Saya akan terus memcuba dan sekiranya hasil keputusan saya nanti negative atau positif, saya tetap akan update di blog ini untuk dijadikan tauladan dan panduan mereka yang mahu mencuba berniaga di internet.



Dan sebelum saya stop tulisan saya, saya ucapkan terima kasih kepada geng blogger yang sudi lewati blog yang macam rumah orang baru pindah. Kosong je. Hee...Sama-samalah kita meriahkan dunia blog dan saya minta tunjuk ajar oleh orang-orang lama yang ber blog tegur saya kalau ada silap.



Saturday, March 13, 2010

HANDPHONE JADI MESIN WANG

Saya tertanya-tanya mengapa saya tidak memjumpai peluang perniagaan ini lebih awal? Sekiranya saya tahu begitu senang menghasilkan wang dengan program ini, tentu dari awal lagi saya tak akan lepaskannya. Tapi rasanya saya belum terlambat kerana tika ini saya masih menjana pendapatan dengan program ini. Hanya dengan bermodalkan RM55, anda mampu memperolehi pendapatan hingga RM6880!

BESTLELONG2U.COM(bestlelong2u.com/nazairi83) satu peluang bisnes yang menguntungkan bagi mereka yang mahukan pulangan modal yang cepat. Program yang menawarkan anda menjadi agent topup di mana diskaun sekali topup boleh mencecah hingga 6%!!! ada juga produk topup yang di diskaunkan sehingga 12%!!! Produk topup yang di jual adalah dalam bentuk e-reload. Dimana anda membuat pembelian dengan hanya menggunakan handphone anda. 24 hour boleh beli. Dua cara topup yang di gunakan, terus masuk topup ke handphone atau beli e-pin.

Saya tertarik dengan cara program ini di selenggara kerana segala-galanya cepat. Contoh saya nak menambah akaun topup saya. Saya transfer duit dari akaun saya ke akaun admin bestlelong2u.com menggunakan perbankkan internet maybank2u. Selepas Berjaya memindah wang, saya hanya perlu send email atau sms ke admin untuk pengesahan dan 5 minit selepas itu akaun saya telah di kemaskini. Sungguh mudah dan cepat. Tertarik? Tidak? Ni saya ada satu cerita best mengenai sorang downline saya.

Saya ada seorang downline yang kerja dia menorah getah. saya kenal dia sebab dia orang kampung wife saya. Di pendekkan cerita dia berminat nak buat duit lebih dengan jual topup. So saya pun suggest produk topup yang saya join nih. Dia pun buat la bisnes ni dan sekarang ni satu hari dia boleh dapat RM30. Jika di darab sebulan dia dapat la sikit duit lebih dalam RM900. Ok la tu sebab dia hanya bermula dengan modal RM55.

Program ini bersistem 2 kaki infiniti di mana anda hanya perlu mencari 2 kaki. Jika orang bawah anda juga buat begitu mencari 2 kaki, pendapatan RM6880 bukanlah sesuatu yang mustahil.

Sekiranya anda mahu mencuba (apa salahnya cuba, Cuma RM55), klik pada link di bawah:

http://bestlelong2u.com/nazairi83

Di sana anda boleh melihat sendiri bagaimana program ini beroperasi dan lain-lain cara menambah pendapatan yang di tawarkan.

Friday, March 12, 2010

RAHSIA BISNES ORANG CINA



“Melayu niaga apa pun tak pernah Berjaya.
Tapi kalau orang cina yang niaga, jual ketul batu pun boleh kaya”



Pernahkah anda dengar ungkapan begitu? sure selalu sangatkan? Memang begitu mentaliti orang melayu kita. Bila nak menceburi bidang bisnes, yang pertama datang di minda ialah TAKUT GAGAL. Pada hal tak cuba pun lagi. Macam mana nak tau gagal ke Berjaya? Sikap ini dikatakan sebagai menyerah sebelum berperang. Memang berniaga macam kita hendak pergi berperang. Kena siap kelengkapan segala ilmu di dada.

Sewaktu mula-mula saya berjinak dalam dunia perniagaan, saya sering membeli buku-buku yang berkaitan perniagaan. Hingga kini saya masih lagi membeli buku-buku yang saya rasa dapat meningkatkan lagi skill berniaga saya.

Dan salah satu buku perniagaan yang ada dalam simpanan dan saya rasa wajib dibeli oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan ialah buku “RAHSIA BISNES ORANG CINA”.




Orang cina kalau dilihat memang kaum yang pandai berniaga. Tengok saja di keliling kita kaum mana yang paling ramai berbisnes? Mesti semua orang akan angguk dan setuju, kaum cina yang begitu ramai menjadi peniaga. Kadang-kadang kita pergi beli barang di satu kedai cina. suruh dia baca tulis apa di label itu tapi sebenarnya dia tak tahu membaca pun! Membaca tak reti tapi boleh jadi bos. Siap ada kedai sendiri lagi. Macam mana boleh jadi begitu? Apa rahsianya?

Sebenarnya kalau kena cara betul berniaga, tak kira bangsa apa pun semua boleh Berjaya. Begitu juga dengan orang cina. Mereka bukannya dilahirkan bersama bakat itu. Tetapi mereka boleh Berjaya sebab mereka ada mengamalkan cara berniaga yang betul. Mereka mempunyai trick untuk memikat hati pelanggan sehingga pelanggan itu boleh menjadi pelanggan setia mereka.

BUKU RAHSIA BISNES ORANG CINA telah menyingkap rahsia di sebalik kejayaan peniaga cina. Buku yang di tulis oleh ANN WAN SENG ini lengkap menceritakan rahsia-rahsia dan trick berniaga kaum cina.

Jika hendak diulas, memang terlalu panjang isi kandungan buku ini. Tapi yang pasti selepas habis membaca buku ini, anda akan terfikir rupanya orang cina juga tidak mempunyai magik atau jalan mudah untuk Berjaya.

Nak tahu lebih lanjut, silalah cari buku ini yang telah menjadi bestseller di Malaysia dan Indonesia dari tahun 1996 hingga sekarang. Sekali lagi saya katakana sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, buku ini adalah guide line yang terbaik untuk anda jadikan sebagai rujukan.