Monday, April 19, 2010

Tips Berniaga: Ketepatan Masa

Hari tu saya dah bagi tips pasal promosi. Kalau belum baca klik disini. Kali ni saya nak bagi lagi tips baik punya untuk anda. Benda ni memang nampak macam perkara remeh dan mudah, tapi perkara ini memang sesuatu yang perlu di titik beratkan oleh peniaga. Tambah-tambah peniaga melayu. Benda ni dah jadi macam penyakit pula di kalangan peniaga melayu.

KETEPATAN MASA perniagaan beroperasi memang sesuatu yang sangat-sangat penting. Rata-rata peniaga yang saya lihat, peniaga melayu yang paling selalu kena penyakit ni (saya juga kena juga penyakit ni kadang-kadang). Perkara berlaku apabila anda.

Sekiranya anda mempunyai pekerja, perkara seperti ini jarang berlaku. Anda hanya perlu pantau pergerakan pekerja anda supaya mereka mematuhi waktu bekerja. Yang selalu terjadi masalah begini bagi peniaga yang tidak memiliki pekerja dan hanya mengendalikan perniagaan itu sendiri.

Sebagai contoh saya ambil satu kedai runcit berhampiran kedai saya yang membuka dan tutup kedai tidak menentu. Hari cuti atau rehatnya juga berubah-ubah. Sekali dua mungkin tak terasa kesannya. Tetapi lama-kelamaan anda akan dapat lihat graf orang ke kedai anda menurun. Anda rasa sebab apa? Anda suka ke kalau nak beli barang di kedai ni, anda pun drive le pergi sana. Alih-alih bila sampai tengok kedai tu tutup atau tidak beroperasi hari itu.

Kalau saya dah tentu hangin satu badan. Siap rasa macam nak bakar lagi. Mungkin peniaga itu ada alasan tersendiri kenapa dia buka lambat atau tak berniaga hari itu. Tetapi anda kena tahu yang pelanggan bukan mau dengar sebab-musabab anda. Yang pelanggan tahu, dia datang kedai anda, kedai itu beroperasi, dia beli barang dan balik dengan happy.

Jadi sekiranya anda ingin bercuti pada hari-hari yang bukan hari biasa anda cuti, lebih baik anda maklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan anda atau buat satu notis dan tampal depan kedai anda 2-3 hari sebelum cuti. Sekurang-kurangnya tidak la letih pelanggan anda datang tengok kedai anda tutup.

Pentingkan ketepatan masa? Saya harap penerangan saya kali ini dapat menambah sedikit lagi pengetahuan anda dalam berniaga.

Thursday, April 15, 2010

Tips Berniaga-Promosi

Tidak semua orang yang dilahirkan dengan naluri ingin berniaga. Ada setengah orang tu dia anggap kerja makan gaji pun sudah cukup dan tak perlu pening-pening kepala fikir nak bayar gaji pekerja la, bayar sewa dan nak tambah stok bahan. Walaupun golongan ini sedar yang berniaga lebih mendatangkan keuntungan.

Untuk golongan begini, kita biarkanlah. Tapi kepada anda yang memang minat dengan berniaga, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan, jangan lupa untuk mempromosikan produk atau perniagaan anda. Promosi memang penting untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai sesuatu perkara yang anda lakukan. Kadang-kadang anda telah hasilkan sesuatu yang kreatif, tapi anda tidak membuat sebarang promosi dan biarkan begitu saja dengan harapan lambat laun orang akan tahu dengan sendiri. Tindakan itu salah!

contoh promosi oleh One Drop Perfume

Promosi perlu dilakukan dan ianya perlu dilakukan dengan berterusan. Promosi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti buat flyers (sendiri atau tempah), iklan di akhbar atau majalah, internet dan business card.

Selalunya peniaga tidak melakukan promosi kerana menganggap yang perkara itu akan berlaku dengan hebahan mulut-mulut orang (pelanggan atau saudara-mara) dan selalunya takut hendak mengeluarkan modal melakukan promosi. Anda mahu orang tahu mengenai anda dan produk anda jadi kena la keluarkan sedikit modal. Tak semestinya modal untuk promosi itu mahal. Kratif la sikit. Pilih la promosi yang melibatkan modal yang rendah dan kalau anda bijak mungkin juga boleh dibuat dengan percuma seperti melalui facebook atau blog.

Jadi rancangankan perjalanan perniagaan anda dengan betul. Jangan jadi seperti saya cakap tadi, idea anda kretif dan produk anda sangat la best. Tapi sayang tiada promosi maka itu akan menyebabkan produk anda tidak diketahui orang dan susah untuk di jual.

Tuesday, April 13, 2010

DURIAN RUNTUH


Alhamdulillah... Syukur kebelakangan ini rezeki agak murah untuk saya. Walaupun sibuk kejar kesana-kemari, tapi berbaloi. Salah satu berita gembira yang saya nak kongsi ialah loan Tekun kedai saya.

Saya menanti selama 2 tahun untuk diberi pinjaman oleh pihak tekun. Bayangkan 2 tahun bukan satu jangka masa yang singkat. Saya sudah berputus asa untuk menanti jawapan dari Tekun.

Hingga la baru-baru ini, tak kala satu-satu berita gembira datang dalam hidup saya, dua orang pegawai Tekun datang menambahkan satu lagi berita gembira untuk saya.

Serta-merta marah saya (bukan marah tapi kecil hati) dengan Tekun sebelum ini hilang begitu saja. Rupanya Tekun sayang lagi pada saya walupun sebelum ini pernah beberapa kali saya kirimkan e-mail memarahi Tekun. Hee... Maaf ye Tekun. Time marah tu emosi tak stabil.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tekun kerana berusaha untuk membantu usahawan bumiputera seperti saya. Semoga dengan modal pusingan yang saya terima perniagaan saya akan lebih maju dan mampu bersaing dengan peniaga lain sekitar sini.