Monday, August 29, 2011

Program SAVE | Nikmati Rebat RM100 & RM200

Lebih daripada 12,000 rakyat Malaysia mengambil langkah pertama untuk menikmati rebat RM200 untuk peti sejuk cekap tenaga dan RM100 rebat untuk penyaman udara di bawah inisiatif kerajaan, program “Sustainability Achieved via Energy Efficiency” (SAVE) untuk memupuk budaya cekap tenaga di kalangan rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, lebih ramai rakyat Malaysia mula menyedari keperluan untuk budaya cekap tenaga dan dengan cepat mengambil kesempatan program rebat yang diperkenalkan di bawah Program SAVE itu.

Dana Mudah Cara RM2b untuk bumiputera disambut baik

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) menyambut baik pengumuman mengenai Dana Mudah Cara berjumlah RM2 bilion yang boleh membantu secara berkesan syarikat-syarikat bumiputera mengakses kepada dana untuk memulakan sesuatu inisiatif perniagaan.

Bagaimanapun, Presiden Mapem, Tan Sri Rozali Ismail dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata, majlis itu mengusulkan tiga perkara asas yang perlu dinilai oleh Teraju dan UKAS dalam pelaksanaan dana tersebut.

Pertama, majlis itu mencadangkan agar Teraju perlu menyatakan dengan jelas modaliti pengendalian dana ini, kriteria kelayakan permohonan serta fokus sektor pembiayaan.

Thursday, August 25, 2011

Review Monitor LG-D2000


 LG Electronics (LG) menampilkan skrin monitor 3D pertama di dunia tanpa menggunakan kaca mata apabila mengguna pakai teknologi penjejak mata untuk menghasilkan imej 3D yang optimal tidak kira dari sudut mana ia ditonton.

Monitor bersaiz 20 inci model D2000 itu dibangunkan sepenuhnya untuk paparan kandungan hiburan termasuk game, filem atau imej.

Pengarah Urusan, LG Electronics (M) Sdn Bhd, HK Kwon berkata, dengan barisan produk 3D seperti TV, laptop, projektor dan telefon pintar, LG Electronics kini jauh di depan menerajui industri dalam segmen 3D.

“Kedudukan LG mengenai 3D adalah penggunaan yang semestinya tanpa kaca mata khas. Monitor D2000 adalah produk masa depan,” katanya lagi dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Kesan 3D bagi monitor D2000 adalah hasil teknologi halangan ‘parallax’ 3D tanpa cermin mata dan aplikasi penjejak mata pertama di dunia yang dipasang ke dalam monitor terbabit.

Gabungan halangan parallax dengan penjejak mata di dalam satu unit produk, ia sekali gus membuka lembaran baru produk 3D tanpa cermin mata.

Teknologi 3D yang ada pada hari ini, umumnya perlukan penonton untuk duduk tetap pada sudut dan jarak tertentu bagi mendapatkan kesan imej 3D. Bagaimanapun, D2000 memberi kebebasan kepada penonton untuk bergerak tidak kira dari sudut mana ia ditonton asalkan selesa.

Teknologi penjejak mata menggunakan sensor kamera khas pada monitor apabila ia akan mengesan perubahan posisi mata penonton dalam masa nyata. Dengan maklumat yang diterima, monitor akan mengira sudut dan posisi penonton, lantas membetulkan paparan imej untuk kesan 3D yang optimal.