NEXUS 7, komputer tablet pertama dalam rangkaian Nexus keluaran syarikat teknologi Asus dan Google Malaysia ini didatangkan bersama skrin tujuh inci dan pacuan sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean).
Kelebihan pemproses empat terasnya mampu menyokong kelancaran operasi intuitif dan responsif selain membenarkan pengguna membuka pelbagai aplikasi secara serentak.
Binaan luar gajet ini juga menarik di mana menggunakan material polimer untuk tawaran tekstur tidak mudah gelincir serta anti calar.
Untuk capaian aplikasi pada platform Google Apps pula, pengguna boleh mengakses Google Chrome, Gmail, Google+ dan YouTube pada bila-bila masa hanya menerusi satu peranti pintar.
Spesifikasi
PRODUK: Asus Google Nexus 7
HARGA: RM999
OS: Android 4.1 (Jelly Bean)
PEMPROSES: NVIDIA Tegra 3 T30L Quad-Core 1.3GHz
GRAFIK: GeForce 12-core
RAM: 1GB
STORAN: 16GB
SKRIN: 7 inci WXGA (1280 x 800)
KAMERA WEB: 1.2 megapiksel
SENSOR: G-Sensor, Light Sensor, Gyroscope, E-compass, GPS dan NFC
SAMBUNGAN: Wi-Fi dan Bluetooth 3.0
BATERI: Li-Polimer 4325mAh
DIMENSI: 198.5 x 120 x 10.5mm
BERAT: 340g
WARNA: Coklat
No comments:
Post a Comment