Showing posts with label review tab terbaru. Show all posts
Showing posts with label review tab terbaru. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Sony Xperia Z | Tablet Kalis Air & Ternipis Di Dunia

Sony Xperia Z

Tablet ternipis dunia, Sony Xperia Z, yang juga adalah tablet Android paling kalis air dan habuk kini boleh ditempah bagi penghantaran Jun depan.

Diperkenalkan Januari lalu tetapi ditangguhkan pelancarannya, tablet 10 inci ini menggunakan kepantasan pemproses empat teras yang dimantapkan dengan 2GB RAM, paparan penuh HD dan slot MicroSD bagi penstoran luaran.

Ia juga sedia untuk mengguna pakai teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dan evolusi jangka panjang Generasi Keempat (4G LTE) untuk membolehkan pembayaran tanpa wayar dilakukan dan dihubungkan dengan internet mudah alih berkelajuan tinggi.

Tablet yang boleh didapati dalam dua warna, hitam atau putih, adalah produk terkini menyusuli falsafah reka bentuk lebih minimum yang diamalkan Sony selama ini.

Sungguh ringan, hanya 495 gram, namun ia padu dan lasak. Ia boleh tenggelam sedalam satu meter hingga 30 minit tanpa sebarang masalah.

Syarikat itu belum mengeluarkan senarai harga rasmi peranti itu tetapi sebaliknya meminta mereka yang berminat untuk membuat semakan di kedai Sony untuk mendapatkan perincian.
Bagaimanapun, versi 16GB dengan wi-fi dijangka dijual sekitar RM1,800 seunit dan versi 32GB pula RM2,200 seunit.

Tuesday, May 28, 2013

Lenovo IdeaCentre Horizon Table PC | Tablet Saiz Meja

Lenovo IdeaCentre Horizon Table PC

Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.

IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.

Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.

Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM 5 ribu lebih atau kira-kira AS$1,699.

Saturday, October 13, 2012

Review Asus Google Nexus 7

NEXUS 7, komputer tablet pertama dalam rangkaian Nexus keluaran syarikat teknologi Asus dan Google Malaysia ini didatangkan bersama skrin tujuh inci dan pacuan sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean).


Kelebihan pemproses empat terasnya mampu menyokong kelancaran operasi intuitif dan responsif selain membenarkan pengguna membuka pelbagai aplikasi secara serentak. Binaan luar gajet ini juga menarik di mana menggunakan material polimer untuk tawaran tekstur tidak mudah gelincir serta anti calar.

Untuk capaian aplikasi pada platform Google Apps pula, pengguna boleh mengakses Google Chrome, Gmail, Google+ dan YouTube pada bila-bila masa hanya menerusi satu peranti pintar.


Spesifikasi
PRODUK: Asus Google Nexus 7
HARGA: RM999
OS: Android 4.1 (Jelly Bean)
PEMPROSES: NVIDIA Tegra 3 T30L Quad-Core 1.3GHz
GRAFIK: GeForce 12-core
RAM: 1GB
STORAN: 16GB
SKRIN: 7 inci WXGA (1280 x 800)
KAMERA WEB: 1.2 megapiksel
SENSOR: G-Sensor, Light Sensor, Gyroscope, E-compass, GPS dan NFC
SAMBUNGAN: Wi-Fi dan Bluetooth 3.0
BATERI: Li-Polimer 4325mAh
DIMENSI: 198.5 x 120 x 10.5mm
BERAT: 340g
WARNA: Coklat

Thursday, October 11, 2012

Review ASUS Vivo Tab | Microsoft Windows 8

ASUS tampil pula bersama model tablet terbaru ASUS Vivo Tab, kali ini dengan sokongan sistem operasi Windows 8.

Ia masih mengekalkan reka bentuk skrin tablet yang boleh ditanggalkan daripada platform papan kekunci QWERTY untuk tujuan mudah alih.


Selain memudahkan kerja menaip, papan kekunci itu mampu bertindak sebagai bateri kedua bagi menyokong pengoperasian lebih lama di samping dilengkapi pad kawalan dan dua slot USB.

Model itu turut didatangkan bersama stylus digital berketepatan tinggi bagi membolehkan pengguna menavigasi dan menulis secara lebih natural pada skrin 11.6 incinya.


SPESIFIKASI:
PRODUK: ASUS Vivo Tab
HARGA: Belum diumumkan
OS: Microsoft Windows 8
PEMPROSES: Intel Atom Generasi Baru
RAM: 2GB
MEMORI: Sokongan kad memori eMMC sehingga 64GB
SKRIN: 11.6 inci (1366 x 768) Corning Fit Glass
KAMERA: 8 megapiksel (flash LED)
SISTEM BUNYI: SonicMaster
SAMBUNGAN: USB dan NFC
KETEBALAN: 8.7mm
BERAT: 675g

Tuesday, October 9, 2012

Review Toshiba Satellite U840W & Toshiba REGZA LX830 All-In-One PC

TOSHIBA melancarkan ultrabook dengan paparan senimatik ultra luas format 21:9 pertama di dunia melalui model Satellite U840W yang dioptimumkan dengan ciri premium dan reka bentuk ultra nipis.


Direka khusus untuk peminat filem dan pengguna yang sentiasakan memikirkan faktor produktiviti ketika membeli laptop, U840W menampilkan saiz 14.4 inci HD Ultra-Wide Superview yang luas dan mudah dibawa.

Paparan tersendiri pula sesuai untuk pelbagai tugas serta menyediakan lebih banyak ruang untuk tontonan yang berbeza bagi skrin aplikasi, ‘stream’ video, rangkaian sosial, melayari Internet atau mesej pantas.

Kualiti gred visual tinggi ultrabook dilengkapkan lagi dengan bunyi audio semulajadi yang dihantar melalui pembesar suara stereo jenis Harman KARDON (R) dan sistem peningkatan SRS Premium Sound.

Pada masa sama, Toshiba turut melancarkan siri desktop baru iaitu siri REGZA LX800 yang sesuai ditempatkan dalam bilik tidur atau belajar apabila ia disifatkan bersaiz kompak mudah diletakkan di ruang terhad.

Menariknya, ia menggunakan paparan HD Penuh 1080p dengan konsep peranti semua dalam satu (AIO) berkuasakan sistem audio Sound 3D Onkyo.

Spesifikasi
PRODUK: Toshiba Satellite U840W
HARGA: Tidak diperoleh
PEMPROSESAN: Intel Core generasi ketiga
OS: Windows 7 Home Premium
PAPARAN: 14.4 inci Ultra Wide HD Clear SuperView 1792 x 768 piksel
SSD: 500GB + 32GB
RAM: hingga 10GB DDR3
PORT: 3 x USB 3.0 dengan mod Tidur dan Caj, HDMI, pembaca kad, 10/100Mbps Ethernet
SAMBUNGAN: Bluetooth 4.0, WLAN (802.11b/g/n)
KAMERA: 1.3MP
AUDIO: Harman Kardon dan SRS Premium Sound 3D
DIMENSI: 368.5mm x 200mm x 20.8mm
BERAT: Dari 1.58kg

Spesifikasi
PRODUK: Toshiba REGZA LX830 All-In-One PC
HARGA: Tidak diperoleh
PAPARAN: HD Penuh 23” LCD panel 1,920 x 1080 piksel (16:9)
CPU: Intel(R) Core i7-3610QM Quad Core atau Intel(R) Core i5-3210M Dual Core
GPU: NVIDIA(R) GeForce(R) GT 630M, sehingga 2GB (DDR3) VRAM
RAM: Sehingga 16GB DDR3 (1600MHz)
HDD: Sehingga 2 TB
SLOT LAIN: DVD atau Blu-ray ROM
PORT: HDMI-In, 4x USB 2.0, 2x USB 3.0, HDMI(R) out, Gigabit Ethernet
SAMBUNGAN: WLAN (802.11b/g/n), Bluetooth(R) 4.0
AUDIO: Onkyo Stereo dengan SRS(R) Premium Sound 3D
DIMENSI: 56.7cm x 41.5cm x 52.0cm
BERAT: Bermula 7kg