Wednesday, May 29, 2013

Recon Jet | Kaca Mata Pintar Canggih

Recon Jet

Google Glass memang baru saja dilancarkan oleh Google. Namun hal ini bukan bererti kaca mata pintar tersebut tidak akan memperoleh saingan.

Terbaru terdapat sebuah kaca mata pintar, Recon Jet yang siap menjadi pesaing kepada Google Glass di pasaran. Kacamata yang ini turut memiliki kemampuan yang tidak kurang hebatnya dibanding dengan Google Glass.

Malah kaca mata ini juga dikatakan akan dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Sudah tentu ia akan membuatkan Google Glass perlu menilai semula harga yang ditawarkan oleh mereka.

Seperti juga Google Glass, Recon Jet ini dilengkapi dengan prosesor dual core. Malah kacamata ini juga memiliki sambungan seperti Bluetooth, WiFi, GPS serta ANT+.

Selain itu, kacamata pintar ini juga telah direka bentuk agar dapat dipakai dalam apa juga keadaan, baik hujan, salji ataupun musim panas.

Mengenai harga ia dikatakan bakal ditawarkan kepada pengguna dengan harga RM1,200 berbanding dengan Google Glass sekitar RM4500.

- BH

Tuesday, May 28, 2013

Lenovo IdeaCentre Horizon Table PC | Tablet Saiz Meja

Lenovo IdeaCentre Horizon Table PC

Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.

IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.

Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.

Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM 5 ribu lebih atau kira-kira AS$1,699.

Monday, May 27, 2013

Cara Penghasilan Keropok | Langkah-langkah Membuat Keropok

Proses pengeringan keropok

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari penduduk tempatan tak mengira usia tua atau muda.

Di Malaysia ia diusahakan di persisiran pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.

Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji atau tepung sagu.

Ikan yang digunakan ialah parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka dan lain-lain.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.

Keropok yang bermutu boleh diperoleh bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan proses penyediaan.

Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila digoreng.

Antara keropok dihasilkan ialah jenis kering, keropok lekor (basah) dan bersira.

Cara-cara pemprosesan keropok lekor atau keropok kering seperti bancuhan adunan, membentuk, memasak, memotong, menjemur, membungkus dan menyimpan.

Lazimnya, keropok keping di bentuk di antara 30 sentimeter (cm) hingga 50 cm.

Panjang, bergaris pusat diantara 6 hingga 10 sm serta mempunyai berat 500 gram hingga satu kg, manakala keropok lekor lebih kecil antara 100 hingga 500 gram.

Keropok lekor boleh dimasak dengan kukus, rebus atau goreng, manakala keropok keping direbus atau dikukus.

Keropok yang dikukus mempunyai kualiti lebih baik berbanding keropok yang direbus.

Keropok yang di kukus mengambil masa satu hingga satu setengah jam untuk masak bergantung.

Keropok yang di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ia masak.

Keropok yang siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum dipotong nipis membentuk kepingan.

Keropok yang dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari.

Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.

Keropok yang kering di angkat, di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik.

Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin, pelita atau dengan menggunakan mesin pateri.

Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.

Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran.

Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya.

Keropok yang dibungkus dengan berat tertentu perlu di susun dengan rapi bagi mengelak kerosakan.

- Metro