Bestnya Duit,blog mengenai peluang-peluang perniagaan melalui internet dan tips-tips menambah pendapatan, review tentang handphone dan gadget terkini. Berkongsi ilmu tentang dunia perniagaan. Ilmu yang ada di kongsi bersama. Sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Thursday, April 11, 2013
Affiliate Berjaya | Jana Pendapatan RM800-RM1000 Dari Rumah?
Menambah pendapatan melalui agen affiliate bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia perniagaan internet. Malah ada sesetangah agen affiliate yang berjaya membuat pendapatan RM800-RM1,000 secara part time hanya dari rumah!
Memilih affiliate sebagai sumber pendapatan sampingan tidak susah dan tidak memerlukan modal yang besar (kebanyakkannya tak perlukan modal). Namun begitu tanpa ilmu dan teknik yang betul, anda mungkin tidak akan berjaya membuat satu jualan pun.Tanpa jualan, tiadalah pendapatan untuk anda.
Mahukah anda sekiranya saya kongsikan "Rahsia Menjana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah"? Dan yang lebih menariknya rahsia ini akan dikongsikan secara PERCUMA!!!
Sertai webinar percuma ini sekarang juga:
Dalam webinar ini anda akan mempelajari tips membuat duit secara automatik menggunakan "affiliate marketing" atau pemasaran affiliate.
Webinar ini terhad kepada 100 orang sahaja, jadi pastikan anda mendaftar sekarang juga.
Anda hanya memerlukan komputer / laptop untuk menyertai webinar ini. Tiada perisian lain yang perlu di muat turun atau di pasang, jadi tiada skill teknikal yang di perlukan.
Jangan bertangguh lagi. Daftar segera sebelum ia ditutup!
Wednesday, April 10, 2013
SME Bank Lancar Dana Pembiayaan Bumiputera (BFF) RM1 Bilion
Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) melancarkan Dana Pembiayaan Bumiputera (BFF) bernilai RM1 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera membiayai pengambilalihan ekuiti dalam subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam aktiviti bukan teras.
Jumlah dana itu adalah sebahagian daripada RM2.25 bilion yang diberikan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2013.
Pengarah Urusan SME Bank Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, tujuan dana itu bagi membiayai kewangan usahawan yang layak dalam urusan pemilikan syarikat yang telah dikenal pasti untuk dilupuskan GLC.
"Syarikat yang layak sebagai pembeli hendaklah merupakan syarikat sendirian berhad berstatus Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, termasuk dalam kategori PKS atau lain-lain kategori yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
"Manakala, tempoh pembiayaan dibuka sehingga 50 tahun dan jumlah pembiayaan tidak mempunyai had bergantung kepada nilai pelupusan syarikat GLC," katanya, selepas pelancaran dana BFF, di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, BFF adalah dana ketiga yang dilancarkan selepas Tabung Usahawan Muda bernilai RM50 juta dan Tabung Pembangunan PKS berjumlah RM1 bilion.
Katanya, SME Bank juga bakal memperkenalkan Tabung Pembangunan Halal tidak lama lagi.
BFF adalah dana berkonsep syariah yang akan memberi peluang kepada PKS untuk meningkatkan pegangan ekuiti golongan Bumiputera, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai 30 peratus pegangan Bumiputera dalam sektor ekonomi menjelang 2020.
Sehingga kini, pegangan ekuiti Bumiputera berada pada tahap 23 peratus dan bernilai kira-kira RM168 bilion.
- Sinar
Wednesday, March 6, 2013
PB1M Pasar Bergerak Bawah Seliaan FAMA
Jangan hairan anda mendapati sebuah bas berwarna jingga berhenti di kawasan perumahan berdekatan dipenuhi ratusan produk barangan runcit, makanan dingin dan sejuk beku serta barang keperluan atau kelengkapan dapur.
Ini kerana bas berhawa dingin itu ialah pasar mini bergerak hasil insiatif terbaru kerajaan dikenali Pasar Bergerak 1Malaysia (PB1M) bagi membantu rakyat terutama berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan barang keperluan dengan harga murah dan mudah.
Objektif utama PB1M adalah mengedar terus barang keperluan kepada pengguna, menangani kenaikan kos sara hidup dan mengimarahkan kesejahteraan rakyat selain memberi peluang peniaga mempromosi dan memasarkan produk industri asas tani.
![]() |
| NAJIB melihat barisan produk dijual Pasar Bergerak 1Malaysia ketika perasmian di Putrajaya |
PB1M yang berada di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Ia memberi ruang kepada peniaga menjalankan perniagaan menaiki karavan dan motosikal roda tiga.
Sasaran utama ialah penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Awam di bandar, masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana serta mangsa bencana alam.
Barangan yang diperagakan dalam bas disusun dengan kemas atas rak terutama botol, tin atau dibungkus selain peti sejuk beku dan alat pendingin.
Ia turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan terus ke Pusat Operasi FAMA.
Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan FAMA Ab Razak Ab Majid berkata, bas PB1M akan beroperasi di taman perumahan tertentu mengikut jadual dan dikendalikan seorang pemandu dan seorang pembantu jualan.
Beliau berkata, ia juga mengadakan jualan di tapak Pasar Tani utama, ekspo, karnival jualan, pameran, program sosial dan kemasyarakatan seperti bantuan banjir serta tanah runtuh.
"Pelanggan boleh memilih barang sendiri kerana mengetengahkan konsep layan diri. Persembahan produk juga menarik, siap dibungkus dengan kemas.
"Banyak faedah yang diperoleh pengguna termasuk pembekalan terus barangan kawalan, keperluan harian, mudah mendapatkan barangan runcit dan segar setiap hari serta memastikan bekalan diperoleh secara berterusan khususnya pada musim perayaan," katanya.
Beliau berkata, setiap peniaga yang menyertai projek itu perlu mematuhi syarat ketat dikenakan FAMA terutama dari aspek kesihatan bagi memastikan pengguna memperoleh barangan selamat dan berkualiti.
"Produk berkenaan mestilah memenuhi piawaian kesihatan dan mempunyai sijil halal, antara yang dijual termasuk produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), koperasi serta produk asas tani.
"Kita memberi perkhidmatan terus ke pintu rumah rakyat di mana mereka boleh memperoleh barangan keperluan dan kawalan seperti sayur-sayuran, daging dan ayam serta buah.
"Kita merancang beroperasi tiga kali sehari mengikut jadual kawasan yang ditetapkan iaitu tengah hari, awal petang dan lewat petang," katanya
Ab Razak berkata, PB1M menggunakan slogan 'Kami Menghampiri Keperluan Anda' turut memberi peluang kepada rakyat mengemukakan cadangan bagi menambah baik perkhidmatan kementerian.
"Kita akan menyediakan borang aduan serta cadangan supaya rakyat boleh mengemukakan pandangan mereka dan maklumat itu akan disalurkan kepada kementerian atau jabatan yang terbabit.
"Ini adalah pendekatan terbaru kita untuk sampai kepada rakyat, seperti yang dilaksanakan kementerian dan jabatan lain termasuk Klinik Bergerak oleh Kementerian Kesihatan dan Mobile Sikap oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
- Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)


