Friday, March 12, 2010

RAHSIA BISNES ORANG CINA



“Melayu niaga apa pun tak pernah Berjaya.
Tapi kalau orang cina yang niaga, jual ketul batu pun boleh kaya”



Pernahkah anda dengar ungkapan begitu? sure selalu sangatkan? Memang begitu mentaliti orang melayu kita. Bila nak menceburi bidang bisnes, yang pertama datang di minda ialah TAKUT GAGAL. Pada hal tak cuba pun lagi. Macam mana nak tau gagal ke Berjaya? Sikap ini dikatakan sebagai menyerah sebelum berperang. Memang berniaga macam kita hendak pergi berperang. Kena siap kelengkapan segala ilmu di dada.

Sewaktu mula-mula saya berjinak dalam dunia perniagaan, saya sering membeli buku-buku yang berkaitan perniagaan. Hingga kini saya masih lagi membeli buku-buku yang saya rasa dapat meningkatkan lagi skill berniaga saya.

Dan salah satu buku perniagaan yang ada dalam simpanan dan saya rasa wajib dibeli oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan ialah buku “RAHSIA BISNES ORANG CINA”.




Orang cina kalau dilihat memang kaum yang pandai berniaga. Tengok saja di keliling kita kaum mana yang paling ramai berbisnes? Mesti semua orang akan angguk dan setuju, kaum cina yang begitu ramai menjadi peniaga. Kadang-kadang kita pergi beli barang di satu kedai cina. suruh dia baca tulis apa di label itu tapi sebenarnya dia tak tahu membaca pun! Membaca tak reti tapi boleh jadi bos. Siap ada kedai sendiri lagi. Macam mana boleh jadi begitu? Apa rahsianya?

Sebenarnya kalau kena cara betul berniaga, tak kira bangsa apa pun semua boleh Berjaya. Begitu juga dengan orang cina. Mereka bukannya dilahirkan bersama bakat itu. Tetapi mereka boleh Berjaya sebab mereka ada mengamalkan cara berniaga yang betul. Mereka mempunyai trick untuk memikat hati pelanggan sehingga pelanggan itu boleh menjadi pelanggan setia mereka.

BUKU RAHSIA BISNES ORANG CINA telah menyingkap rahsia di sebalik kejayaan peniaga cina. Buku yang di tulis oleh ANN WAN SENG ini lengkap menceritakan rahsia-rahsia dan trick berniaga kaum cina.

Jika hendak diulas, memang terlalu panjang isi kandungan buku ini. Tapi yang pasti selepas habis membaca buku ini, anda akan terfikir rupanya orang cina juga tidak mempunyai magik atau jalan mudah untuk Berjaya.

Nak tahu lebih lanjut, silalah cari buku ini yang telah menjadi bestseller di Malaysia dan Indonesia dari tahun 1996 hingga sekarang. Sekali lagi saya katakana sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, buku ini adalah guide line yang terbaik untuk anda jadikan sebagai rujukan.

No comments:

Post a Comment