Monday, March 15, 2010

Sikit-Sikit Lama-Lama jadi Everest

Tadi pagi apabila bangun dari tidur, saya terus check email saya (kebiasaan memang begitu). Tersenyum saya sendiri apabila melihat sudah ada sedikit hasil dari percubaan saya, berniaga di internet.

Yang lagi bestnya downline saya juga dah pandai buat kerja dia sendiri. Jadi ini membantu lagi perkembangan perniagaan yang kami jalankan.

Nampaknya percubaan saya untuk mencuba perniagaan di internet telah Berjaya mungkin dalam 30%. Walaupun belum 50% atau 100% tapi saya masih lagi dalam proses kajian.

Saya akan terus memcuba dan sekiranya hasil keputusan saya nanti negative atau positif, saya tetap akan update di blog ini untuk dijadikan tauladan dan panduan mereka yang mahu mencuba berniaga di internet.



Dan sebelum saya stop tulisan saya, saya ucapkan terima kasih kepada geng blogger yang sudi lewati blog yang macam rumah orang baru pindah. Kosong je. Hee...Sama-samalah kita meriahkan dunia blog dan saya minta tunjuk ajar oleh orang-orang lama yang ber blog tegur saya kalau ada silap.



No comments:

Post a Comment