Tuesday, October 9, 2012

Review Toshiba Satellite U840W & Toshiba REGZA LX830 All-In-One PC

TOSHIBA melancarkan ultrabook dengan paparan senimatik ultra luas format 21:9 pertama di dunia melalui model Satellite U840W yang dioptimumkan dengan ciri premium dan reka bentuk ultra nipis.


Direka khusus untuk peminat filem dan pengguna yang sentiasakan memikirkan faktor produktiviti ketika membeli laptop, U840W menampilkan saiz 14.4 inci HD Ultra-Wide Superview yang luas dan mudah dibawa.

Paparan tersendiri pula sesuai untuk pelbagai tugas serta menyediakan lebih banyak ruang untuk tontonan yang berbeza bagi skrin aplikasi, ‘stream’ video, rangkaian sosial, melayari Internet atau mesej pantas.

Kualiti gred visual tinggi ultrabook dilengkapkan lagi dengan bunyi audio semulajadi yang dihantar melalui pembesar suara stereo jenis Harman KARDON (R) dan sistem peningkatan SRS Premium Sound.

Pada masa sama, Toshiba turut melancarkan siri desktop baru iaitu siri REGZA LX800 yang sesuai ditempatkan dalam bilik tidur atau belajar apabila ia disifatkan bersaiz kompak mudah diletakkan di ruang terhad.

Menariknya, ia menggunakan paparan HD Penuh 1080p dengan konsep peranti semua dalam satu (AIO) berkuasakan sistem audio Sound 3D Onkyo.

Spesifikasi
PRODUK: Toshiba Satellite U840W
HARGA: Tidak diperoleh
PEMPROSESAN: Intel Core generasi ketiga
OS: Windows 7 Home Premium
PAPARAN: 14.4 inci Ultra Wide HD Clear SuperView 1792 x 768 piksel
SSD: 500GB + 32GB
RAM: hingga 10GB DDR3
PORT: 3 x USB 3.0 dengan mod Tidur dan Caj, HDMI, pembaca kad, 10/100Mbps Ethernet
SAMBUNGAN: Bluetooth 4.0, WLAN (802.11b/g/n)
KAMERA: 1.3MP
AUDIO: Harman Kardon dan SRS Premium Sound 3D
DIMENSI: 368.5mm x 200mm x 20.8mm
BERAT: Dari 1.58kg

Spesifikasi
PRODUK: Toshiba REGZA LX830 All-In-One PC
HARGA: Tidak diperoleh
PAPARAN: HD Penuh 23” LCD panel 1,920 x 1080 piksel (16:9)
CPU: Intel(R) Core i7-3610QM Quad Core atau Intel(R) Core i5-3210M Dual Core
GPU: NVIDIA(R) GeForce(R) GT 630M, sehingga 2GB (DDR3) VRAM
RAM: Sehingga 16GB DDR3 (1600MHz)
HDD: Sehingga 2 TB
SLOT LAIN: DVD atau Blu-ray ROM
PORT: HDMI-In, 4x USB 2.0, 2x USB 3.0, HDMI(R) out, Gigabit Ethernet
SAMBUNGAN: WLAN (802.11b/g/n), Bluetooth(R) 4.0
AUDIO: Onkyo Stereo dengan SRS(R) Premium Sound 3D
DIMENSI: 56.7cm x 41.5cm x 52.0cm
BERAT: Bermula 7kg

No comments:

Post a Comment