Monday, June 10, 2013

Samsung 4G Chromebook Daripada Yes


Rangkaian Internet mudah alih 4G terpantas di Malaysia, Yes telah melancarkan Samsung 4G Chromebook pertama di dunia yang dibawakan eksklusif oleh Yes baru-baru ini.

Bekerjasama dengan Google dan Samsung, Chromebook adalah satu lagi produk peneraju dalam portfolio Yes yang membolehkan sesiapa sahaja bekerja, belajar, hidup dan berhibur dengan cara yang lebih mudah, ringkas, pintar dan santai.

Samsung 4G Chromebook ini turut dilengkapi dengan set cip 4G dalaman untuk rangkaian Internet secara berterusan dan mudah, membolehkan hubungan Internet mudah alih berkelajuan tinggi sehingga 20Mbps.

Mempunyai lebih 4,000 stesen pengkalan 4G meliputi 85 peratus penduduk di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah baru-baru ini, Malaysia merupakan pasaran ideal buat Yes untuk melancarkan Samsung 4G Chromebook pertama di dunia.

Komputer yang direka oleh Google ini boleh dihidupkan dengan segera dan mempunyai pelbagai lapisan keselamatan dan perlindungan virus dalaman serta dilengkapi aplikasi popular Google seperti YouTube, Gmail dan Google Drive.

Menariknya mengenai Samsung 4G Chromebook ini adalah ia tidak seperti komputer lain, semakin lama ia digunakan, ia akan menjadi semakin pantas dan selamat. Perlindungan daripada virus juga tersedia secara dalaman dan pengguna tidak perlu memasang perisian atau menguruskan kemaskini.

Alat berasaskan awan ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan 100GB Google Drive yang percuma untuk dua tahun pertama.

Seberat 1.1 kilogram, nipis 17.5 milimiter dan jangka hayat bateri selama tujuh jam, Samsung 4G Chromebook ini sesuai buat mereka yang selalu bergerak.

Ianya boleh didapati dengan harga pasaran RM988 dengan pelan pasca bayaran 88 selama 24 bulan dilengkapi data sebanyak 3.5GB sebulan. Manakala harga pasaran untuk komputer ini sahaja adalah RM1,299.

No comments:

Post a Comment